Isnin, 10 Februari 2014

Kilang Arak PAS bekerja 24 Jam

Jika hati sudah diselubungi kehitaman akibat kebencian, hasad dan dengki, maka ketenangan kehidupan tidak dapat dinikmati sepenuhinya.

Yang boleh memberi kepuasan sementara hanya dengan mencipta fitnah-fitnah baru. Itupun hanya sementara kerana esoknya, godaan dan arahan syaitan semakin hebat untuk meningkatkan rasa kebencian, hasad dan dengki itu.

Maka fitnah baru dicipta. Dan seterusnya perkara yang sama berlaku pada hari seterusnya tanpa ada rasa rendah hati dan takut kepada balasan Allah SWT.

Inilah yang berlaku kepada panglima-panglima PAS sekarang. Serban dilipat setebal 5 inci, jubah meleret sehingga ke tumit tetapi hati didalam bagai dalam kegelapan akibat diselabuti kebencian, hasad dan dengki.

Akhirnya, Islam hanya dijadikan topeng tetapi dibelakangnya penuh dengan syaitan yang sedang dibakar api.

Tak habis dengan serangan kepada MB Kedah yang mereka pertikaikan keikhlasannya melaksanakan Muhabbatur Rasul, kita tohmahan baru direka dengan mengaitkan penajaan syarikat judi untuk program tersebut.

Juga satu konsert tertutup yang bakal dianjurkan oleh UEPE Sdn Bhd di dalam kawasan Cinta Sayang Carnival dan dikenakan bayaran yang agak mahal dikaitkan dengan Kerajaan Negeri Kedah. 

KedahTimes cuma ingin menyatakan yang apakah hak kita untuk menyekat bukan Islam berhibur? Jika mereka anjurkan secara tertutup dan berbayar, apakah hak kita untuk menghalang mereka? Cuma mereka perlu mengikut prosedur dan tatacara yang sudah ditetapkan. Yang KedahTimes pasti sudah diteliti oleh Majlis Tempatan yang meluluskannya.
KedahTimes tidak mahu ungkit perkara-perkara buruk yang dibiarkan berleluasa semasa syaitan kepanasan memerintah dulu. Kelab malam, rumah urut dan pusat hiburan keluarga dibiarkan tumbuh secara berleluasa tanpa ada sekatan. Dan kita kerajaan baru berusaha untuk menutup semua itu.

Tetapi kenapa syaitan yang kepanasan tidak membantu dalam kerja-kerja penutupan ini sebaliknya berleluasa ke sana sini menabur fitnah dan menuduh yang bukan-bukan.

Kejayaan Kerajaan Negeri menyatukan umat Islam disatu majlis menjadi satu petanda baik kepada Ummah. Kita semua ingin Kedah kembali menjadi satu tamadun hebat dari segi fizikal dan spiritual nya. Inilah yang kita semua impikan.

Bukan menjadi sebuah negeri yang sentiasa menganjurkan perpecahan sesama ummah. 

Kita mahu Kedah maju setaraf kemajuan di zaman Nabi Sulaiman dulu.

Apakah kita tidak boleh lakukannya jika kita bersatu atas dasar untuk kemajuan dan satu ummah?

Tapi PAS lebih suka kepada hasutan syaitan, tak kira syaitan yang tidak dapat dilihat atau yang berupa manusia.

Jika inilah belang sebenar PAS, sampai kiamatpun Allah SWT tidak membenarkan mereka menjadi pemerintah.
ads

1 comments:

Hamirul Kamil berkata...

hello ni page jual anjing ke ?

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates