Sabtu, 1 Februari 2014

Masih wujudkah sukarelawan UMNO?

Salam Kembali,

Kedahtimes agak sibuk kerana begitu teruja membuat sedikit kajian dan pembacaan tentang tamadun Sg. Batu di Lembah Bujang, Merbuk, Kedah. Teruja kerana Tamadun Sg Batu bakal membuktikan yang :

1. Bangsa Melayu/Bumiputera adalah penduduk asal Tanah Melayu.

2. Bangsa Melayu/Bumiputera mempunyai satu tamadun yang amat hebat, malah wujud sebelum Nabi Isa lagi.

3. Membuktikan bangsa Melayu adalah bangsa hebat dalam segala segi samada pentadbiran, pelayaran, industri, pertanian dan sebagainya.

4. Bangsa Melayu adalah bangsa bertamadun dan berbudi bahasa.

Tetapi dalam KedahTimes sedang sibuk mengkaji dan mempelajari sejarah sungai batu, timbul tuduhan dan tohmahan dalam Facebook dan twitter berkaitan KedahTimes.

Kedahtimes mengaku yang Kedahtimes bukanlah hebat; blog KedahTimes pun bukannya ada pelawat sangat. Malah jarang KedahTimes mengemaskini blog ini. Jadi Hit tak hebat la macam blog lain.

KedahTimes menulis secara sukarela. Tidak dibayar untuk menulis. Dan pelawat tidak dikenakan apa-apa caj jika ingin membaca blog ini. Free of charge! 

Menariknya, mereka yang hebat-hebat ni menyentuh KedahTimes. hahah hebat juga la kiranya blog tak seberapa ni!

Ada tuduhan mengatakan yang KedahTimes membolot semua kerja-kerja berkaitan media sosial samada dari UMNO Kedah atau Kerajaan negeri. Malah dituduh juga yang KedahTimes 'BLOCK' penggiat media sosial lain dari mendapat kerja-kerja berkaitan di Kedah.

Kira KedahTimes hebat juga. Blog pun tiada orang melawat, tetapi hebat kerana semua kerja media sosial dibolotnya. Malah orang yang menuduhpun bukan orang sebarangan. Bekas Ketua Unit Media Baru UMNO.

Ringkasnya, KedahTimes nak beritahu. Tiada kerja-kerja yang KedahTimes bolot dari UMNO atau Kerajaan Negeri Kedah. Kalau Bekas Ketua Unit Media Baru UMNO nak kerja-kerja yang tak wujud tu, silakan ambil. KedahTimes taktau pun ada kerja-kerja sebegitu wujud.

Lagi satu nak bagi tau, yang KedahTimes wujud sebelum PRU12 lagi. Dan KedahTimes konsisten memperjuangkan Aliff Baa Taa.

Ohya, jika nak kerja-kerja sukarela dan tak berbayar ni, anytime boleh ambil. KedahTimes tak melarang. Tapi satu ja, jangan buat sekerat jalan. Lepas tu mengeluh kerana susah.

KedahTimes nak tulis satu cerita benar. Mungkin cerita ini boleh ex Ketua UMB buat penilaian.

Ada 3 orang kawan KedahTimes yang berasal dari kampung yang agak hulu. Mereka bertiga ini agak berjaya dalam hidup.

Mereka selalu bertemu dan berbincang bagaimana mereka boleh membantu generasi muda yang masih bersekolah dalam mempelajari ICT. Maklumlah, mereka tidak mampu untuk membeli komputer dan tiada liputan internet di kawasan pendalaman ini.

Nasib baik ada seorang Ahli Parlimen dan Korporat sanggup bantu dengan memberi pinjam 10 biji laptop kepada mereka.

Maka bergeraklah mereka ke kampung-kampung yang ada anak-anak muda yang berminat untuk belajar ICT. Bergerak dengan duit poket sendiri tidak kira siang atau malam asalkan ada yang berminat berkumpul di dewan atau di masjid.

Pada suatu petang, mereka sedang mengajar 30 orang muda-muda di sebuah dewan masjid disebuah kampung di pendalaman. Sebiji laptop dikongsi 3 orang. Muda-mudi ini diajar menggunakan word, powerpoint dan juga cara membina laman web secara offline.

Seorang mengajar dan 2 lagi menunggu giliran. Sewaktu mereka berehat di depan masjid ada sebuah van yang sarat dengan muatan perniagaan singgah untuk bersolah di masjid tersebut. Selesai sembahyang beliau sempat menegur 2 rakan ini.
"Apa yang u all dok buat di Masjid ni?"

"Sedang mengajar anak-anak muda ICT. Ada lebih kurang 30 orang sedang belajar di dalam dewan".

"Bagus tu! Berapa u all caj mereka?"

"Percuma bang!", jawab salah seorang dari rakan saya tersebut.

"Hah! Masih ada lagi ka orang dok kerja percuma macam ni?", terkejut beliau.

Kedua-dua kawan tersebut tersengih tanpa berkata apa-apa dan orang tersebut berlaku sambil tertanya-tanya.

Moral ceritanya senang. Masih wujud sukarelawan yang buat kerja tanpa bayaran atau imbuhan. Imbuhan yang mereka dambakan ialah dari Allah SWT. 

Jadi KedahTimes ingin sarankan kepada ex Ketua UMB tersebut supaya buat 'homework' sebelum menuduh sebarangan. Jangan anggap semua orang dibayar untuk menulis macam UMB!

Adioos. Assalamualaikum.
ads

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

umno rosak kerana semakin ramai dlm jwtn tertinggi parti org semacam ex ketua imb

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates