Rabu, 5 Februari 2014

Membalak Cara Cuci Mangkuk @MahfuzOmar

Riuh Rendah Mahfuz membawa cerita tentang balak. Teruja Mahfuz tentang pembalakan di Kedah sehingga membawa satu kes membalak di sekitar lebuhraya TEKIH kepada pihak SPRM.

Tetapi sedarkah Mahfuz bahawa pada Zaman pemerintahan PAS, kawasan Hutan Simpanan di Kedah telah diberi maksud/erti baru oleh mereka sehingga semua pengikut PAS percaya seratus peratus! Hutan Simpanan yang digazetkan oleh kerajaan BN sebelum ini diertikan sebagai Hutan Simpanan Untuk orang PAS.
Maka proses meneroka secara halal dan haram berlaku sewenang-wenangnya. Ada yang memohon kebenaran dan ada yang pakai gasak macam tu saja. Selepas tebang dua tiga pokok, dijualnya tanah tersebut untuk keuntungan segera.

Tapi KedahTimes nak sentuh tentang penerokaan secara halal oleh kerajaan PAS sendiri terhadap Hutan Simpanan Untuk PAS.


Banyak hutan Simpanan Untuk PAS di anugerah kepada kroni-kroni mereka dan ditukar status menjadi sebagai kawasan pertanian dan sebagainya. Maka ada yang telah dihakmilikkan kepada samada individu atau syarikat. Contoh terbaik hutan simpanan untuk PAS bersebelahan Empangan Muda. Sudah habis dicuci kayunya. Kemudian pakat mula offer jualan murah macan kat lelong.com.

Apabila status sudah ditukar, maka pemilik baru berhak sepenuhnya ke atas hutan yang kaya dengan kayu tersebut. Maka berlakulah pembalakan CUCI MANGKUK.

Inilah kepakaran PAS. Mereka tukar maksud Hutan Simpanan kepada Hutan Simpanan Untuk PAS dan seterusnya tukar status hutan tersebut kepada status pertanian bagi tujuan perladangan. Kemudian dianugerah hakmilik. Maka senanglah mereka cuci mangkuk.

Kini Mahfuz meroyan mengatakan pembalakan masih berlaku. Ya, berlaku kerana gara-gara PAS menukar Hutan Simpanan Untuk PAS kepada status pertanian dan diberi hakmilik. Gara-gara siapa dong?

Jika kerajaan sekarang ingin tebus balik, maka RM yang banyak diperlukan. Inilah yang berlaku kepada pembalak di sekitar TEKIH yang PAS tak ambil peduli pun masa mereka memerintah. Masa mereka ada kuasa, diam membisu seribu bahasa kerana mungkin masyukkkkkk. Tapi bila dah jadi pembangkang dan tidak masyukkkkkkk, maka bising tentu arah macam ayam nak bertelur, riuh se kampung, telur bertaburan di merata tempat.

Jika PAS terlalu sayang kepada hutan-hutan Simpanan untuk PAS tersebut, apa kata hulurkan duit balak yang diperolehi dulu kepada kerajaan negeri untuk ditebus balik.

Ada berani dan kesanggupan! 


ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates