Rabu, 5 Februari 2014

Pas luluskan lesen balak @MahfuzOmar

Jika Mahfuz masih don sangat, ini adalah fakta sebenar dari pihak Jabatan Hutan. 

Kelulusan konsesi dibuat dahulu sebelum lesen membalak dikeluarkan. Ini disebabkan banyak faktor diambil kira termasuk proses 'tagging' pokok-pokok yang boleh ditebang.

Kita lehat siapa sebenarnya yang meluluskan tender pemberian balak. Bukan kah diera pemerintahan PAS dulu?

Ataupun Mahfuz meroyan kerana sudah tidak boleh lagi menikmati hasil balak yang ditebang secara cuci mangku?

ALOR SETAR - Kelulusan tender dan konsesi aktiviti pembalakan dibuat oleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pas sebelum ini.



Pengarah Jabatan Perhutanan Kedah, Ku Azmi Ku Aman berkata, kelulusan itu diberikan kepada syarikat pembalakan secara berperingkat manakala pengeluaran beberapa lesen operasi termasuk di kawasan hutan Padang Terap dikeluarkan beberapa bulan lalu.

Beliau berkata, pemberian lesen operasi mengeluarkan balak itu mengambil masa sehingga setahun setengah sebelum sesebuah syarikat dibenarkan menjalankan aktiviti pembalakan.

“Kelulusan konsesi adalah berbeza dengan pengeluaran lesen iaitu kelulusan diberikan lebih awal sebelum lesen dikeluarkan.

“Kita mengambil masa agak lama untuk keluarkan lesen kerana prosesnya membabitkan kerja mengenal pasti kawasan (tanah) serta menanda pokok yang boleh ditebang (matang),” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Hadir sama Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim dan Adun Pedu, Kama Noriah Ibrahim.

Katanya, pihaknya tidak boleh menyekat pengeluaran lesen kepada syarikat belak selepas tender diluluskan.

Bagaimanapun, ia akan memastikan prosedur yang ketat agar pembalakan berlaku secara terancang dan sistematik bagi mengurangkan kesan alam sekitar mengikut akta ditetapkan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pembalakan yang berlaku di kawasan hutan simpan hanya membabitkan hutan simpan pengeluaran dan bukan hutan simpan perlindungan.

Menurutnya, terdapat 300,000 hektar kawasan hutan simpan bagi seluruh negeri manakala hutan simpan pengeluaran 180,000 hektar.

“Daripada keluasan itu, hanya 2,800 hektar dibenar untuk dilesenkan. Ini yang berbeza dengan kelulusan. Kelulusan banyak tapi yang dilesenkan tidak banyak.

“Ia dilakukan secara terkawal iaitu mengamalkan sistem penebangan terpilih dengan kriteria ditetapkan di samping mematuhi syarat iaitu perlu memperoleh sijil Malaysian Criteria and Indicator untuk mengeksport kayu hidup,” katanya.

Ditanya kemungkinan wujud penyelewengan di peringkat proses kelulusan, Ku Azmi berkata, perkara itu tidak berlaku kerana pihaknya mengambil semua permohonan dan kerajaan negeri memberi kelulusan atas cadangannya.

“Dari perspektif jabatan, penyelewengan tidak berlaku kerana setiap permohonan dikenakan premium RM12,000 sehektar. Setiap permohonan yang dibuat perlu disertakan dengan premium sebelum diluluskan,” katanya.

Sementara itu, kira-kira 80 peratus hutan di negeri ini adalah kawasan hutan terpulih yang melalui proses penebangan 30 tahun lalu.

“Aktiviti pembalakan yang dilakukan terhadap hutan di sini mengikut sistem giliran iaitu 30 tahun sekali. Jika ikut statistik, purata pertumbuhan pokok satu sentimeter (cm) setahun, kalau 30 tahun bermakna 30 cm pertumbuhan.

“Pertumbuhan itu jika ditambah saiz yang sedia disimpan iaitu 50 cm akan menghasilkan saiz pokok sudah matang,” katanya.


ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates