Selasa, 11 Februari 2014

Syaitan sangat Kreatif

Keresahan syaitan-syaitan dikalangan Pembangkang semakin tidak dapat dibendung. Mereka menjadi semakin hari semakin resah sehingga lupa bahawa mereka sebenarnya orang Islam yang tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan Allah SWT.

Malah tindak-tanduk mereka semakin melebihi tindak-tanduk kafir DAP yang sudah tentu tidak beragama Islam. Malah kafir harbi DAP semakin hebat berketawa melihat orang Islam sudah berperangai macam mereka, malah lebih teruk dari mereka.

Jika mereka dari kalangan bukan Islam, KedahTimes boleh terima. Tetapi mereka adalah umat Islam yang bersama sebuah Parti yang menggelarkan parti mereka parti Islam.

Apakah parti itu parti Islam jika ianya dihuni dan disertai oleh mereka-mereka yang bersifat melebihi sifat syaitan DAP?

Memang benarlah peringatan Allah SWT bahawa syaitan tidak pernah duduk diam dalam menguatkan sifat  dengki, benci, bermusuhan dan semua sifat buruknya ditanam dalam hati manusia.

Hari ini kita boleh lihat bagaimana terbakarnya hati mereka apabila melihat kejayaan orang lain. Mereka menghina, mengaib dan mengejek kejayaan orang lain.

Terkini syaitan-syaitan kepanasan yang berada dalam PAS mula mengaibkan DS MB Kedah dengan melakukan pelbagai tohmahan.

Gambar DS MB berjubah bersama rakyat dikatakan sebagai photoshop yang berlatarkan orang ramai. Isteri DS MB juga menjadi sasaran mereka dengan mengaibkan kehidupan harian beliau.

Tapi Allah Maha Berkuasa, segalanya kejahatan dan keburukan mereka akan kembali kepada mereka. InsyaAllah.

Kita doakan agar mereka menyesali perbuatan mereka. Lagipun tanpa mereka sedari yang mereka sekarang ini tidak tidur malam kerana kepanasan dibakar api neraka Allah di atas dunia lagi.

Kepada umat Islam semua, apa lagi yang kita harapkan kepada parti yang dikuasai syaitan-syaitan yang kepanasan ini. Jauhilah mereka dan parti ini!

Sesungguhnya mencari kesalahan, mengaibkan orang, mendengar cerita (mengumpat), menunjukkan kekuatan (kuasa), dengki-mendengki, membenci sesama Islam, bermusuh-musuhan adalah perbuatan yang dilarang di dalam Islam.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Jauhilah kamu daripada sangkaan kerana ia sedusta-dusta bisikan hati, janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, janganlah kamu mendengar-dengar cerita orang, jangan kamu berlumba-lumba untuk menunjukkan kekuatan di antara satu sama lain, jangan kamu dengki-mendengki, benci-membenci, bermusuh-musuhan dan jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara."
(Hadis Riwayat Imam Malik, Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Dalam riwayat lain disebutkan bahawa:
"Janganlah kamu putus silaturahim, jangan kamu bermusuhan, berdengkian dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak halal (haram) seorang Muslim tidak bertegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari."

(Hadis Riwayat Tirmizi)

Sesungguhnya larangan oleh Nabi SAW itu bagaikan benteng kukuh yang didirikan oleh Islam demi menjaga kehormatan dan kebebasan individu Muslim dalam masyarakatnya yang mulia dan unggul. Semua larangan itu adalah sifat buruk yang dilarang oleh Islam.

Kesemuanya dikategorikan dalam golongan sifat-sifat “mazmumah”
(dikeji) mengikut istilah ilmu tasauf dan ahli sufi.

Secara jelas Nabi SAW meminta supaya umatnya menjauhi perbuatan banyak sangka kerana mungkin dalam sangkaan yang banyak tadi
terdapat sangkaan buruk terhadap orang yang sebenarnya baik.


FIRMAN Allah SWT:
49:12
Yang bermaksud:
"Hai orang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. Sukakah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi amat mengasihani."
(Surah Al-Hujurat: ayat 12)
ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates