Jumaat, 7 Februari 2014

Ustaz PAS tidak tau Hukum

KedahTimes ingin menjawab secara ringkas apa yang KedahTimes boleh katakan tuduhan melulu seorang yang digelar Ustaz. Malah beliau melebihi Allah SWT dalam menghukum keihlasan orang lain dalam apa saja aktiviti atau program yang dilaksanakan.

Malah dalam hal MB Kedah ini, beliau seolah-olah boleh membaca isi hati MB. Beliau boleh menghukum keihlasan MB dalam melaksanakan program Muhabatul Rasul. Inilah kehebatan ustaz PAS.

Malah jika nak ikut perangai Ustaz ini, KedahTimes boleh hukum dia juga. Ustaz ini jeles dan sentiasa tidak senang hati dengan pendekatan Kerajaan BN dengan Islam. Beliau takut dengan kerajaan pimpinan DSMM kerana takut kehilangan pengaruh politik. Dan ustaz PAS ini sebenarnya bukan bercakap tentang Islam tetapi lebih kepada politik.

KedahTimes nak tambah sikit lagi.

Program ini adalah bertujuan untuk mengingati Rasul kita. Tidak boleh kah kita umat Islam berhimpun mengingati baginda? Tidak bolehkah beramai-ramai bersalawat mengingati baginda?

Program ini dipenuhi dengan suasana Islam. Ada program Tazkirah ilmu oleh Dato Mufti. Ada program ceramah Ilmu oleh Ustaz Kazim.

Untuk pengetahuan Ustaz, jika beliau jahil tentang hukum, KedahTimes nak beritahu yang adalah fardu kifayah mengadakan program ilmu seperti tazkirah oleh Dato Mufti dan ceramah Ustaz Kazim. Dan fardu Ain untuk setiap umat Islam memperlajari ilmu agama.

Apakah majlis yang penuh dengan ilmu ini bukan menjadi fardu kifayah untuk dilaksanakan? Apakah bukan menjadi fardu Ain kepada umat Islam untuk hadir dan mendengar ceramah dan tazkirah agama?

Jikapun kita kena paksa orang Islam belajar ilmu agama kerana hukumnya fardu ain ke atas diri mereka, bagi KedahTimes ianya bukanlah menjadi kesalahan. Mengajak orang Islam mendalami ilmu agama, apakah menjadi kesalahan?

Semua ini kerana Ustaz lebih takut orang Islam berilmu, kerana dengan ilmu yang sebenar PAS tidak boleh menipu mereka. Selama ini PAS memutarbelitkan Islam demi politik kotor mereka.

Menjadi ketakutan PAS apabila umat Islam mengetahui tentang penyelewengan PAS. Menjadi ketakutan PAS apabila orang Islam berilmu dan bersatu.

Kerana kekuatan PAS adalah diatas kecetekan ilmu ahlinya serta penipuan agamanya.

MUKHRIZ POLITIKKAN TUJUAN ASAL KEDAH BERSELAWAT

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

ALOR SETAR: Dewan Ulama PAS Negeri Kedah menyifatkan penganjuran Kedah Berselawat sebagai pendekatan pragmatik Kerajaan BN Negeri Kedah yang semata-mata bertujuan politik.

Setiausahanya, Ustaz Ahmad Yahaya berkata, segala pendekatan ala sesumpah ini bersifat sementara sahaja yang bertujuan meraih sokongan politik semasa dan bukan bertujuan menjadikan Islam sebagai pegangan hidup dunia dan akhirat.

“Islam tidak lebih hanya menjadi alat solek untuk menghias wajah pragmatik yang menjadi pendekatan Dato' Seri Mukhriz Mahathir. Hakikatnya pentadbiran beliau tidak akan mampu terpisah dari dasar sekular yang menjadi anutan Umno-BN.

“Sejak awal lantikannya memimpin Kedah lagi, beliau menunjukkan kemesraan menerusi penampil berjubah dan mendekati agamawan. Tetapi pendekatan itu lebih kepada individu sahaja, sebaliknya kepada kepentingan Islam beliau khianati.

“Kontradiknya dapat dilihat apabila beliau menghentikan pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD), menganggap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebagai bebanan selain menyerahkan Maktab Mahmud kepada Kerajaan Persekutuan,” terang beliau. 

Ujarnya, jelas terbukti Mukhriz tidak mampu menyelindungi kepura-puraannya apabila mengabaikan semua aset dan kepentingan berkaitan Islam tersebut. 

Malah secara menyindir, Ustaz Ahmad berkata, Mukhriz pasti tidak selesa untuk menggandingkan penampilan beliau seperti itu di khalayak sekiranya isteri beliau turut berada di sisi.

“Terbaru, apabila dilihatnya majlis mahabbaturrasul menjadi fenomena massa, beliau menganjurkan pula Kedah Berselawat. Tetapi di mana roh selawat dalam pentadbiran Mukhriz?

“Islam yang dibawa Rasulullah bukan diagungkan sekadar qauli yakni dengan sebutan dan puji-pujian atau ingatan. Ia bersama juga tuntutan qalbi dan fi'li dengan menyemai kefahaman dan ketundukan patuh pada seluruh perintah dan meninggalkan larangan Allah serta beramal dalam segenap aspek kehidupan serta sistem.

“Malangnya, Islam hanya digunakan Mukhriz untuk kepentingannya dan beliau dilihat keseorangan kerana Umno-BN tidak mungkin seiring bersama beliau dalam hal itu. Selain itu terbukti program tersebut dijadikan agenda politik pragmatiknya kerana diubah dari tujuan asal iaitu Majlis Selawat Sempena Sambutan Keputeraan Sultan Kedah,” katanya.

Menurutnya lagi, Dewan Ulama PAS Negeri Kedah juga kesal kerana wujud arahan kepada pelajar-pelajar institusi pendidikan di dalam negeri ini untuk meramaikan majlis berkenaan termasuk memperalatkan nama institusi tertentu antaranya Darul Hadis bagi tujuan tersebut.

Ujar beliau, sewajarnya, jika Mukhriz merasakan rakyat benar-benar telah disemai penghayatan kepada Rasulullah, beliau tidak perlu menyusun tindakan bersifat kerahan dan manipulasi seperti itu itu.


ads

3 comments:

BILLION TECH COM SERVICES berkata...

Ini crita apa ni ustad....? kata BN skular la plak, yg skular anuar perjuangannya pun tiru bulat2 resipi Rasip Tayib Erdogan dalam masa yg sama memperjuangkan LGBT. kenapa tiada yg berani..? para ulamak. tuan guru, tok2 guru, Ostad2 berjubah semuanya menikus kelu umpama Syaitan bisu. pendirian ulamak2 PAS tidak kedengaran seolah2 merestui tuntutan tersebut. berbedza ketika isu judi bolasepak piala dunia. masa tu jentera pas setiap pelusuk negara menaikan kain rentang menhalang perjudian tersebut. walhal yg nak berjudi siapa..? org bkn islam, org islam kan ke haram kalau berjudi. takkan itu pun tak tau...? dlm isu LGBT org PAS sepakat bersetuju LGBT mesti dibenarkan menjadi amalan rakyat malaysia PKR. DAP serta PAS kalau tidak mana mungkin ada adun pas yang dibicarakan atas tuduhan meliwat isteri sampai terkoyak dubur. alasan yg diberikan terlalu dangkal tersalah masuk. hihihi penniiiiiiiiing ah.....

Tanpa Nama berkata...

ustaz babi mana la yang bagus sangat tu.Dewan Babi semak PAS ada la.
Macai babi Pas dah mula meracau.
PAS BABI

Tanpa Nama berkata...

BILA MASA HATI PUAK-PUAK PAS NI ELOK. BUSUK MEMANJANG. ALLAH TAALA BAGI DEPA PERINTAH. APA DEPA BUAT. TAKKANLAH DEPA TAK TAU ISU BALAK DI PAPUA, ISU LADANG RAKYAT DI PEDU, PROJEK KERAJAAN MEMBAZIR, PUSAT PENGUMPULAN YANG GAGAL, BALAK DI KAWASAN BALING DAN MACAM-MACAM LAGI. TAKKAN DEPA TAK BOLEH BUKA MATA PASAI APA DEPA KALAH DI PRU13 LALU. MAJORITI KAWASAN BN MENINGKAT BEGITU TINGGI. TAPI DAH DEK KERANA HATI MUSUK DAN MUNAFIK, DEPA TAK AKAN NAMPAK.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates