Rabu, 5 Mac 2014

Apabila Program 'AWARENESS' disalahertikan

KedahTimes telah berpeluang untuk menyertai program Jom Cari Kedah Tua pada 28 Februari 2014  hingga 2 March 2014 yang lalu di Tapak Arkeologi Sg  Batu Merbuk.

Teruja dengan penemuan PPAG (Pusat Penyelidikan Arkeologi Global) USM, KedahTimes memilih untuk bersama mencari Kedah Tua. Ianya disertai oleh pelajar-pelajar UITM Merbuk, pengamal Media seperti TV3, RTM, NST, BH, Sinar, RakyatPost, Utusan  dan NGO dan beberapa blogger bukan politik.

Program mendedahkan peserta dengan cara-cara ekskavasi mencari artifak lama di tapak yang dibuka khas oleh Prof Datuk Dr Mokhtar Saidin iaitu tapak ke 47.

Kehadiran pengamal media dan pelajar amat mengkagumkan. Tetapi menyedihkan ialah kehadiran penduduk sekitar dan juga pemimpin masyarakat kurang menyerlah untuk bersama-sama merasai kerja-kerja arkeologi.

Alhamdulillah, kehadiran untuk acara penutup ramai yang datang. Itupun mungkin disebabkan kehadiran Dato Seri MB Kedah merasmikan acara penutup program.

KedahTimes dalam kegembiraan dengan penemuan Tamadun Hebat yang mana peleburan besi sudah dijadikan industri besar pada waktu itu, juga amat sedih dengan sikap pemimpin-pemimpin besar politik tempatak terutama di Merbuk.

Pemimpin UMNO terutama di Merbuk ibarat pemimpin-pemimpin BESAR yang merasakan penemuan ini ibarat satu perkara enteng yang tidak perlu diambil peduli atau dihebahkan kepada rakyat terutama orang Melayu.

Malah pertolongan untuk menjemput semua kalangan masyarakat di sekitar juga tidak dilayan. Malah dipandang enteng oleh mereka.

Penemuan ini bakal menyedarkan bangsa Melayu akan jatidiri mereka. 2400 tahun dahulum bangsa Melayu sudah mempunyai teknologi tinggi melebur besi. Apakah kita tidak merasa bangga kerana bangsa kita telah  memiliki teknologi tinggi satu masa dulu?

Tetapi dek kerana mainan politik mereka setiap detik dan hari, program ini dijadikan sebagai program politik mereka. Ianya tidak perlu disokong atau dibantu.

KedahTimes diberitahu yang Setiausaha Bahagian Merbuk telah diberitahu awal untuk membantu menjemput semua lapisan ahli UMNO di Merbuk tetapi beliau mungkin kerana terlalu berpangkat besar dan tinggi tidak melakukan sebarang jemputan.

KedahTimes beranggapan yang program ini adalah satu program untuk memberi kesedaran tentang betapa hebatnya bangsa kita satu masa dulu dan ini membolehkan kita meningkatkan JATIDIRI kita sebagai satu bangsa yang bermaruah dan bertamadun.

Tetapi Setiausaha Bahagian Merbuk lebih melihat kepada aspek Politik kepartian dalam UMNO sendiri. Dia lebih mementingkan kuasa politik dan popularitinya dari Bangsanya sendiri.

Amat malanglah Merbuk mempunyai seorang Setiausaha sebegini. JATIDIRI bangsa Melayu diketepikan dek kerana politik sendiri.

Sungguh malang!

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates