Ahad, 9 Mac 2014

PR1MA Di DUN Sidam, Parlimen Sg Petani

Pelancaran perumahan PRIMA pertama di Kedah bakal di laksanakan di Jalan Sidam Kiri, Sg Petani. Rumah gaya bandar dengan harga yang mampu dilancarkan oleh Perdana Menteri di DUN Sidam, Parlimen Sg Petani baru-baru ini.

Jalan Sidam Kiri terletak dalam kawasan DUN Sidam dan Parlimen Sg Petani, kawasan yang BN kalah (parlimen dan DUN) pada PRU lalu. Tetapi menariknya projek itu dilaksanakan di sini.

Menarik!  Beberapa soalan perlu PRIMA dan pihak berkaitan JAWAB:

1. Kenapa dilaksakan di Jalan Sidam Kiri (DUN Sidam & Parlimen Sg Petani) yang bukan dibawah BN?
2. Tapak untuk projek itu asalnya milik SIAPA yang dibeli oleh PRIMA?
3. Siapa pemaju yang PRIMA lantik untuk projek tersebut?
4. Siapa yang dilantik untuk menjual rumah-rumah yang bakal dimajukan itu?
5. Siapa Tokei besar dibelakang projek tersebut?
6. Siapa yang UNTUNG besar?
7. Apakah pihak Kerajaan Negeri diberitahu lebih awal tentang perancangan PRIMA di Jln Sidam Kiri ini? 

KedahTimes bukan tidak setuju PRIMA dilaksanakan di Kedah tetapi banyak hanky panky nampaknya yang berlaku dalam projek PRIMA pertama ini.

Semoga ada jawapan supaya kita semua boleh selesaikan dengan baik.

"Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.

Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM7,500."

SUNGAI PETANI 2 Mac - Penduduk di beberapa daerah kawasan ini menyambut baik langkah kerajaan melaksanakan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) pertama negeri ini dengan membina 2,700 unit rumah di Kuala Muda dekat sini tidak lama lagi.

Mereka menyifatkan ini tindakan wajar dan perlu diteruskan kerana dapat memberi peluang golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

Seorang suri rumah, Nor Hafishah Md. Nor, 31, dari Kampung Setar, Yan berkata, dia mengambil keputusan untuk membeli rumah yang bakal dibina oleh pihak berkenaan kawasan tersebut.

"Saya berharap dapat membeli sebuah daripadanya, kalau tidak dapat beli terpaksalah menyewa rumah lagi," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melakukan upacara pecah tanah pembinaan projek perumahan itu di Bandar Utama Jalan Sidam Kiri di sini.

S. Thamothran, 40, dari Taman Keladi dekat sini pula berkata, sebagai seorang pekerja kilang dengan pendapatan RM1,400 di Bakar Arang di sini, dia perlu diberi peluang untuk mendapatkan sebuah rumah baharu di kawasan berkenaan.

"Saya juga perlu memiliki rumah sendiri, kerajaan perlu menolong orang susah terlebih dulu, bila dapat memiliki sebuah rumah tentulah seronok kerana tidak payah lagi tinggal di rumah sewa," katanya.

Teoh Chee Seng, 31, dari Taman Ria Jaya pula berkata, untuk membeli sebuah rumah yang mahal dia tidak mampu terutama dengan peningkatan harga rumah sekarang.

"Saya baru sahaja berkahwin, perancangan perlu dibuat dari sekarang iaitu untuk memiliki rumah sendiri, lagi pun projek ini dijangka siap pada September 2016 nanti," katanya.

Zamri Bahari, 37, dari Kampung Masjid Tikam Batu memberitahu, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk membeli sebuah rumah projek PR1MA di Jalan Sidam di sini.

"Saya membuat pendaftaran secara online untuk membeli rumah itu, bila ada rumah sendiri tidak payah sewa lagi rumah di Tikam Batu," katanya

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates