Selasa, 25 Mac 2014

Universiti Antarabangsa Bukhary

KedahTimes berharap apa yang ditulis ini hanyalah khabar angin. 

KedahTimes ingin melihat AIU menjadi sebuah universiti contoh terbaik yang memberi pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar yang tidak mampu. Malah KedahTimes amat berharap agar AIU menjadi pemangkin kepada Bilionaire lain untuk menyediakan prasarana seperti untuk umat Islam seluruh dunia.

Jika pun benar ada masalah, harapa ianya dapat diselesaikan. Mungkin AIU boleh membuat program berkembar dengan Universiti lain yang telah berjaya.

Jika AIU ditutup, maka gelak besarlah musuh-musuh Islam yang selama ini irihati dengan kejayaan Syed Mokhtar Al Bukhary yang berjaya dalam perniagaan dan tanggungjawab sosial beliau kepada bangsa, agama dan negara.

Teruskan AIU menjadi universiti untuk umat Islam.

 AIU akan ditutup Jun ini?

ALOR SETAR 8 Feb. - Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) yang penubuhannya ditaja oleh Yayasan Albukhary di sini mungkin ditutup Jun ini ekoran masalah dalaman yang dihadapinya.

Sumber universiti itu memberitahu, satu perjumpaan telah diadakan pada minggu lalu di antara wakil kepada Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dengan warga universiti berkenaan termasuk para pensyarah dan mahasiswanya.

“Pada perjumpaan itu, kami diberitahu AIU akan ditutup dalam tempoh cuti semester iaitu pada Jun ini. Kebanyakan kami terkejut dengan pengumuman tersebut walaupun ramai yang mengetahui tentang masalah di bahagian pentadbiran universiti.

“Apa masalahnya tidak boleh saya dedahkan tetapi difahamkan Syed Mokhtar sendiri berasa kesal kerana terlalu mempercayai pihak lain sehingga menyebabkan banyak perkara yang tidak sepatutnya terjadi," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, dalam pertemuan tersebut, wakil Syed Mokhtar yang bergelar ‘Datuk’ memberi alasan penutupan itu perlu dilakukan dan memberi alasan penstrukturan semula pentadbiran universiti.

Sumber itu bagaimanapun menolak kemungkinan AIU terpaksa ditutup kerana mengalami masalah kewangan.

“Perkara itu tidak timbul kerana kami diberitahu universiti itu akan dibuka semula tetapi bukan dalam masa terdekat. Syed Mokhtar juga difahamkan akan lebih memberi perhatian kepada AIU yang baharu nanti kerana tidak mahu kejadian sama berulang,’’ ujarnya.

AIU sebelum ini dikenali sebagai sebuah universiti yang banyak mengubah kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap penuntutnya yang rata-ratanya terdiri daripada golongan tidak berkemampuan dari seluruh dunia.

Selain tempat tinggal, makan dan minum serta kos pembelajaran, penuntut juga ditanggung pihak Yayasan Al-Bukhary yang ditubuhkan oleh Syed Mokhtar pada 1996.

Ditanya mengenai nasib para pensyarah dan penuntut di situ, beliau memberitahu, mereka tidak perlu bimbang kerana akan dipindahkan ke universiti-universiti lain termasuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan beberapa universiti swasta.
ads

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

orang malaysia suka sangat ambik orang luar tak percaya kat kemampuan orang sendiri.macam AIU ni,ambik dean dan orang atasan dari luar konon dapat tingkatkan supaya international padahal sebaliknya berlaku.diorang lebih suka budaya party dan sosial untuk dibawak masuk dalam universiti baru lah international....

baik dari segi sukan,pendidikan malah pentadbiran negara pn sibuk nak ambil penasihat dari negara luar tak percaya kat anak tempatan sendiri.

ini lah melayu...yang hilang keyakinan diri untuk memimpin dan melakukan inovasi

Dex Banner berkata...

Good writing and even a decent writer you are...great blog!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates