Rabu, 2 April 2014

Anwar Banyak Masalah Karektor.

DR. CHANDRA  MUZAFFAR.

Dari seorang ahli akademik, akhirnya profesor Dr. Chandra Muzaffar membuat keputusan untuk berkecimpung dalam politik.

Bermula dari NGO Adil, kemudian bersama-sama membangunkan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) hanya selepas dua tahun menerajui Parti keadilan pada Disember 2001 Dr. Chandra membuat keputusan drastik meninggalkan Parti Keadilan tampa sebarang alasan.

Saya masih ingat lagi (Dr. Chandra) salah satu daripada peristiwa  yang mengecewakan saya selepas peristiwa 11 september, dia (Anwar) menulis rencana dalam Times Magazine dan kita sungguh kecewa dengan tulisannya itu. Kerana dia seperti memihak kapada Amerika Syarikat tanpa membangkitkan isu-isu tertentu tentang keadilan global.

Seolah-olah dia menyalahkan orang Islam pada ketika itu kata Dr. Chandra, tulisan Anwar Ibrahim yang dimaksudkan Dr.Chandra bertajuk Who Hijacked Islam? yang keluar dalam majalah Times pada Oktober 2001.

Dalam rencana itu Anwar menuduh Osama bin Laden dan Mohamad Atta adalah pengganas yang menyebabkan pengeboman World Trade Center ( Pusat Dagangan Dunia ) di New York dan Jabatan Pertahanan di New York, walhal tiada sebarang bukti yang mengesahkan tuduhannya itu.

Penulis barat, Peter J. Boyer dalam rencananya bertajuk  The Believer, Paul Wolfowitz defends
his war, The New Yorker, 1 November 2004, mengakui rencana Anwar di Times itu telah menarik Paul Wolfowitz, seorang zionis yang ketika itu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat untuk mendampingi semula dengan Anwar.

Dan selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buluh pada tahun 2004, Paul Wolfowitz membawa Anwar menjadi alat missionarinya di Amerika Syarikat. Anwar menjadi pensyarah di  John Hopkins juga bermula dari rancananya di majalah TIME.

Selepas itu bermulalah episod Anwar sebagai Pengerusi Foundation For The Future dan organisasi organisasi tajaan Amerika Syarikat yang lain.

Mari kita menilai siapa Anwar Ibrahim sebagai yang disebut-sebut oleh banyak orang tentang Anwar Ibrahim menjadi tali barut zionis, apa yang diperkatakan oleh Dr.Chandra Muzaffar ini mari kita sama-sama berfikir dan kita membuat keputusan, selepas ini Dr. Chandra akan cerita lagi.

Berikut antara sedutan wawancara AIDC News dengan Dr. Chandra Muzaffar pada 30 Jun 2011 di Pejabat JUST, Petaling Jaya.

AIDC :  Dalam kenyataan media Prof. pada 7 mac  2008, Prof, ada menyebut tentang proses memperdayakan ahli-ahli yang dilakukan dalam PKR iaitu pasukan 'the knight' iaitu pahlawan berkuda yang membawa keabadian syurga, keadilan dan kesamarataan. Boleh Prof ulas maksud tersebut?.

Dr. Chandra : Itu sebenarnya fasa-fasa yang saya gunakan kerana kenyataan itu, kalau tak salah dalam bahasa Inggeris, the knight in shining armour. Ada satu frasa yang pada lazimnya digunakan untuk menyifatkan seorang individu yang dianggap sebagai wira oleh masyarakat tertentu atau kelompok tertentu.
Mereka menganggap dia sebagai wira yang akan menyelamatkan mereka. Jadi saya katakan sebagai jawapan kapada pihak-pihak tertentu yang kritik saya, kerana kenyataan saya tentang Anwar bahawa dia ini adalah malapetaka. Mereka marah, ramai marah bila saya kata ada usaha untuk menghidupkan the kninght in shining armour dalam parti Keadilan.

Yang marah itu termasuk individu-individu tertentu, sekarang ini pun sudah keluar daripada PKR, yang dulu mereka ini hebat marah saya, kritik hentam saya dan sebagainya, tapi hari ini mereka semuanya dah keluar.
Saya kata adalah salah kepada perjuangan kalau kita mengaggap Anwar itu sebagai the knight shining armour, iaitu wira yang akan menyelamatkan negara ini. Walhal dia ini manusia yang banyak kelemahan, itulah konteks, saya mengunakan frasa itu.

AIDC :  Bermakna, Prof melihat dalam PKR itu sendiri ada proses pemujaan yang menganggap Anwar seperti dewa?.

Dr. Chandra : Memang cara dia didewakan, dipuja dan sebagainya. Semasa saya dalam Parti dulu, saya pernah mengkritik sikap ini, saya masih ingat saya pernah diserang oleh beberapa pemimpin Keadilan dan peristiwa yang saya maksudkan itu adalah perkhemahan latihan Pemuda Keadilan, di Janda Baik, Pahang yang dirasmikan oleh Dr.Wan Azizah.

Saya di jemput sebagai penceramah untuk mengupas isu-isu kepimpinan. Sifat-sifat yang mesti ada didalam kepimpinan dan apa maksud kepimpinan dalam konteks masyarakat. Saya membincangkan ini bukan atas sifat saya sebagai Timbilan Presiden parti semata-mata tetapi saya juga memasukkan idea-idea sains politik, kerana itu adalah latar belakang saya, saya kata, pemujaan terhadap individu itu akan merugikan pergerakan, kita harus menilai pemimpin-pemimpin secara adil dan kita jangan taksub.

Saya gunakan istilah itu, kita jangan taksub dengan pemimpin, selepas saya beri ucapan itu, mereka bangun mengkritik saya, apa maksud Dr. adakah pemimpin utama kita yang dimaksudkan .... saya ( ketika dalam ceramah itu ) tidak sebut nama pun. Tujuan saya bukan untuk mengkritik Anwar. Hanya untuk kefahaman tentang kepimpinan. Memang itu tujuan saya.  Tidak perlulah saya sebut nama-nama mereka yang mengkritik saya dulu kerana mereka ini, sekarang sudah keluar  PKR dan cukup hebat mengkritik Anwar.

Saya sebagai Timbilan Presiden  memang saya sokong Anwar pada masa itu, bukan saya nak kritiknya tetapi untuk mempertingkatkan pengetahuan, kefahaman dan sebagainya, tetapi mereka sudah kritik macam-macam kapada saya, saya jawab. Masa itu saya kata, semua pemimpin itu ada kekuatan dan kelemahan termasuk brother kita, dia pun ada kelemahan.

Tetapi oleh kerana jawapan saya, dianggap seimbang, mereka tak suka, mereka attack. Mereka keluarkan gambar, kalau  saudara masih ingat lagi isu itu berlaku pada tahun 2000. Mereka keluarkan di beberapa laman web proreformasi. Mereka buat bendera hitam, dan mereka desak saya letak jawatan.

Saya dan Anwar Tahir ( Setiausaha Agung ) jadi sasaran. Anwar Tahir atas sebab-sebab lain. Saya kerana ucapan itu mereka suruh letak jawatan, kritik hebat, selepas  tiga, empat minggu, saya merenung kembali peristiwa itu, mengapa  boleh berlaku begitu? Sedangkan saya adalah Timbalan Presiden, kalau mengikut budaya  politik kita, sekiranya saya dijadikan sasaran, diserang dan sebagainya, tak munkin anggota-anggota lain berani berbuat begitu tanpa rastu daripada pihak-pihak tertentu, jadi saya tanya kapada Dr. Wan Azizah, adakah Dr. Wan Azizah minta mereka attack saya?.

AIDC : Prof tanya direct?.
Dr. Chandra :  Tanya direct. Saya tanya dia, dia kata tak. Dan saya percaya bukan dia yang buat ini, saya kata pada diri sendiri, mungkin ada seorang lain yang arahkan.

Soalan : Yang berada di penjara ?.

Dr. Chandra :  masa itu, prosiding kes Anwar berjalan (perbicaraan mahkamah) dari masa ke masa, saya juga turut hadir sebagai pemerhati. So, one those accasion, saya tanya dia secara langsung.

Soalan: Tanya terbuka ?.

Dr. Chandra : Terbuka, masa itu kita sembanglah, saya tanya, Anwar... siapa yang buat ini? Ada orang kata you yang rancang ini. Anwar kata Hye takkanlah, macam mana boleh terbongkar ni' (ketawa) jadi saya sudah tau dia ni yang merancang, sebenarnya macam-macam dia buat, tapi saya sabar, saya tak berundur pada masa itu, saya tunggu dan saya cuba ubah dari dalam, tetapi gagal, saya nampak dia ini memang susah, sebab itu saya keluar, dua setengah tahun, saya berada dalam parti Keadilan, lepas itu saya keluar parti.

Bukan kerana soal moral atau peribadi, itu pun satu daripada faktor. Tetapi yang lain hubungan dia dengan kumpulan-kumpulan di luar negara. Apa yang dia lakukan dalam negara dari segi politik, kaum dan sebagainya, dan sikap dia terhadap ahli-ahli  parti, caranya mempermainkan individu-individu tertentu. Dia sokong pihak itu, dan pada masa yang sama dia juga sokong pihak yang lain. Saya fikir tak ada manusia macam ini didalam politik negara kita.

Ulasan, inilah perangai Anwar semasa dia jadi TPM dulu, dia minta seseorang itu buat kerja untuk dia, kalau dia jadi PM nanti orang itulah yang akan jadi MB di negeri tersebut, tetapi bukan seorang yang di janjikan ada yang tiga , empat orang janji yang sama, tetapi ini adalah rahsia, mereka yang ditawarkan itu berkerja bermati- matian kerana nak jadi MB itulah Anwar PENIPU.

AIDC :   Apa yang berlaku dalam PKR, iaitu seorang demi seorang keluar parti dan Anwar hanya mahu menaikkan Azmin Ali. Sebenarnya senario ini sudah berlaku dari dulu dan Prof mengalaminya adakah ini pekara yang sama?

Dr. Chandra.  Ya betul. Betul saya pernah mengalaminya dulu, pengalaman saya dari tahun 1999 hingga 2001. Lebih ramai yang tak sedar apa yang berlaku. Kalau kita tengok pada ucapan-ucapan Datuk Zaharin ataupun Zulkefli Nordin dan yang lain-lain tidak begitu berbeza.

Soalan : Pada akhirnya berpunca daripada Anwar ?

Memang Anwar punca masalah ini termasuk dalam pemilihan parti, adalah Anwar. dan itu memang stailnya, stail suka berjanji kapada individu tertentu dan pada masa yang sama dia sokong yang lain, sebab itu macam Datuk Zahid Ibrahim yang dulu dianggap sebagai wira. Dapat sokongan daripada Anwar, lepas itu dia nampak Anwar tidak menunaikan janjinya, sebab itu dia kecewa.

Jadi, saya nampak itulah masalah Anwar. Dia ini individu yang banyak masalah dari segi karektor. Puncanya karektor. Itu yang menjadi masalah besar, sementara itu dalam wawancara terbaru dengan Mingguan Malaysia  12 Fabruari 2012. Chandra berkata. Anwar merupakan pemimpin yang kurang ikhlas kerana ucapan, pidato dan retoriknya sangat bertentangan dengan apa yang berlaku didalam parti.

Kata Chandra: Dalam Keadilan pada masa itu ada individu tertentu yang rapat dengan beliau  dan terlibat dalam politik wang. Apabila saya mendapat tahu tentang pekara ini dan membawanya kapada Anwar, namun beliau tidak mahu bertindak kerana melindungi mereka.

Begitu juga dalam pekara lain. Beliau kononnya pemimpin yang memperjuangkan perpaduan kaum tetapi dalam pilihan raya kecil Lunas misalnya jelas Anwar memainkan isu perkauman untuk meraih sokongan. Ini sangat bertentangan dengan apa yang dilaungkan beliau, ini seperti ungkapan cakap tak serupa bikin.

Luahan Dr.Chandra Muazffar tentang Anwar seharusnya kita berfikir dan menolak Anwar sebagai pemimpin dalam negara ini yang berbilang kaum, Anwar memang menipu dari dulu lagi semasa menjadi pemimpin pelajar lagi, dan berterusan hingga ke hari ini.

Sepatutnya pemimpin PAS sedar pekara ini kerana Anwar hanya mengunakan Pas untuk kepentingan dirinya untuk menjadi Perdana Menteri (PM). Begitu juga dengan orang melayu dalam PKR juga harus berfikir untuk menolak Anwar, Kalau pun sayangkan PKR keluarkan Anwar dan cari pemimpin lain yang benar-benar jujur untuk memperjuangkan Rakyat.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates