Ahad, 13 April 2014

Dimana sifat Kemanusiaan Kita?

Selain perhubungan manusia dengan Allah SWT, wujud juga perhubungan manusia sesama menusia.

Jika jiran kita tidak sihat, maka digalakkan kita melawat jiran. Ini adalah sebagai tanda prihatin dan bersama-sama merasa kesusahan yang dirasai pesakit dan keluarganya.

Jika perhubungan sesama manusia ini sudah luput, maka inilah jadinya. Hukum-hukum atau suruhan agama dijadikan hukum-hukum politik kebenciaan yang teramat sangat.

Segala kebaikan dilihat sebagai kemusnahan atau kerosakan kepada agenda politik mereka.

Keuntungan peribadi atau politik menjadi keutamaan yang teratas sehingga melupakan suruhan agama dan sifat-sifat kemanusian. 

Apakah kita umat Islam sudah lupa ajaran Islam sebenarnya? Apakah sudah tiada batas-batas Islam dalam kehidupan harian kita sehingga hukum-hukum politik diutamakan?

Janganlah kita jadi macam Zionist Israel yang 'menghalalkan cara' demi mencapai cita-cita dunia mereka. Allah sentiasa mengingatkan kita dalam Quran tentang perangai-perangai Yahudi ini. 

Jangan kita lupa setiap kali kita sembahyang, kita sentiasa meminta Allah SWT menunjukkan jalan yang lurus. Jalan yang telah Allah tunjukkan kepada umat terdahulu, tetapi mereka mengingkarinya. 

Kembalilah kepada ajaran Islam sebenar!


ads

1 comments:

QalamQabut berkata...

Demi sifat kemanusiaan, marilah wahai pemimpin2 UMNO, jom kita melawat Nik Ajis, Haji Hadi, Mat Sabu, Husam Musa, Stopa Spenda, Anuwar Ibrahim dan lain2 lagi. Jangan biarkan manusia2 Islam di negara ini hidup dalam kesesatan.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates