Selasa, 1 April 2014

Himpunan Derita Rakyat? Biar Betul!

Himpunan Derita Rakyat akan dianjurkan di Baling pada 5 Mei ini adalah tidak berfaedah kepada rakyat Kedah, kata Menteri Besar Kedah.

Biar betul?!!

Dalam pada kerajaan sedang bergelut dengan perancangan dan pelaksanaan pelbagai langkah penjanaan ekonomi rakyat, Pakatan Rakyat mahu menganjurkan Himpunan Derita Rakyat, di Baling Kedah.

PR terutamanya Anwar sepatutnya rasa malu bila soal demonstrasi di Baling dibangkit kerana selepas beliau buat demonstrasi di Baling pada tahun 70-an, hasilnya, yang semakin mewah adalah dirinya dan keluarganya
.

Selama berbelas tahun beliau dalam kerajaan, berapa kali kah beliau ke Baling melihat kesusahan penduduk Baling?

Sebaliknya, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir terus melaksanakan agenda pembangunan ekonomi, antaranya yang paling dekat dengan Baling, iaitu Taman Teknologi Tinggi Kulim dan Industri Padang Meha yang memberi peluang pekerjaan kepada banyak penduduk Baling dari ulu Tawar hingga ke Kupang. 

Sangat banyak program pembangunan dan peluang pekerjaan yang disediakan, sehingga bas bertali arus dari Perai dan Kulim ke Baling.

Malah, projek naiktaraf jalan Butterworth Gerik telah meningkatkan sektor ekonomi Baling yang berada dalam laluan tersebut dengan penumbuhan perniagaan dan pemasaran disepanjang jalan tersebut.

Pencapaian Anwar selama belasan tahun dalam kerajaan pula adalah terlantiknya Marzuki Ibrahim, Dato' Wan Ismail, dan anak anak pak Ibrahim yang memegang jawatan pengarah dalam syarikat2 konglomerat dengan jutaan saham ditangan.

Tanpa itu semua, mana mungkin Anwar masih hidup mewah dan terbang dengan Jet Peribadi setelah 16 tahun tidak bergaji setelah dipecat. Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri akibat penyalahgunaan kuasa.

Sebaliknya, nasib penduduk Baling waima duit Tabung Memali pun dilesapkan oleh pemimpin Pakatan.

Nasib penduduk Baling, terutamanya mangsa pakatan rakyat menjadi contoh untuk rakyat Malaysia memikirkan benarkan PR memikirkan derita rakyat.

Buatlah pertimbangan yang rasional sebelum terus dipengaruhi oleh pemimpin yang suka melihat rakyat menderita demi mencari kuasa.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

hanya Mukhriz sahaja yang ditakuti oleh semua pemimpin Pakatan Rakyat usaha untuk menjatuhkan mukhriz sudah dimulakan untuk mengekang kemaraan mukhriz untuk mengantikan pemimpin umno yang lembik, musuh dalam selimut dan lemah......mukhriz pemimpin yang berwibawa memimpin dimasa akan dating....menunggu kepimpinan mukhriz mahadhir....

Tanpa Nama berkata...

Apa jadi dgn duit tabung memali?

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates