Jumaat, 4 April 2014

HIMPUNAN DERITA RAKYAT - MEMPERINGATI 40 TAHUN ANWAR IBRAHIM MEMBOHONGI RAKYAT BALING !

Aku masih teringat pada awal tahun 1974 aku berada disekitar Daerah Baling, tugas aku pada ketika itu ialah untuk mencari maklumat, mengesan, menjejak dan memusnah musuh negara. Aku bergerak dari Kg Lalang, Kg Ulu Leggong, Kg Bongor, Kg Memali, Kg Weng, Kg Batu 8 dan Kg Tanjung Pari. Banyak maklumat yang aku perolehi dari orang kampung bermula dari kehadiran pengganas komunis hingga kedatangan siswa universiti menabur fitnah kononnya terdapat kes kebuluran yang amat dashat hingga menyebabkan kematian pada penduduk kampung.

Aku pernah terserempak dengan seorang siswa USM iaitu anak kepada pemimpin/aktivis masyarakat iaitu Hamid Tuah, beliau dan rakan rakannya bergerak ke kampung-kampung menabur fitnah dan aku juga dimaklumkan bahwa Anwar Ibrahim pada ketika itu seorang pemimpin pelajar dari Universiti Malaya akan turut serta. Aku tidak kisah ini semua kerana tugas utama aku ialah menghapuskan pengganas komunis di Daerah Baling.

Disepanjang tugas aku mencari maklumat aku tidak menemui seorang pun orang kampung yang meninggal dunia akibat kebuluran tetapi dengan jentera propaganda Anwar Ibrahim yang amat licik membohongi penduduk kampung, maka cerita dongeng ini dipercayai oleh ramai juga penduduk disekitar Baling maka berlakulah demonstrasi Baling.

Tanggal 5 April 2014 akan dilakonkan semula peristiwa pembohongan oleh Anwar Ibrahim yang akan difilemkan di kawasan padang Keda Kupang.
Sudah terlalu ramai manusia ditipu oleh manusia bernama Anwar Ibrahim antaranya ialah seorang peguambela yang sedang meningkat naik namanya iaitu saudara Zulkifli Nordin. Beliau antara orang yang pertama membela Anwar Ibrahim yang berdepan dengan kes LIWAT 1, 1998.

Taksubnya Zulkifli Nordin terhadap Anwar tiada tolok bandingnya, beliau sanggup menghadapi pelbagai risiko termasuklah disumbat dalam lokap dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Selama 12 tahun beliau bersama Anwar Ibrahim tetapi kenapa beliau membuat pusingan 360 darjah daripada menyokong dan membela Anwar dan kini turun padang untuk menentang idolanya itu. Kenapa anak muda kelahiran Baling, lulusan undang-undang dari Universiti New Zeland, seorang peguam yang bijak serta pintar meninggalkan Anwar dan menentang habis-habisan  bos lamanya?  Jawapannya ialah beliau TIDAK MAHU DITIPU, DIBOHONGI DAN DIPERDAYA LAGI. Beliau tidak sanggup melihat rakyat Baling ditipu buat kali kedua.
Baling telah jauh membangun jika dibanding pada zaman ancaman komunis dulu. Baling hari ini mempunyai segala-galanya. Ayuh orang Baling boikot acara gila ini; acara ini tidak memberi apa apa faedah kepada anak cucu kita! Cukuplah ditipu sekali.

Kata mat salleh ' Enough is enough, we don't want to be cheated again '.

Salam,
1 Melayu

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates