Isnin, 28 April 2014

Janji Perlu di Kota - JITU

KedahTimes tertarik dengan tulisan MummyRokiah di sini berkaitan dengan Rasuah dan Jabatan Integrasi dan Tadbir Urus yang baru ditubuhkan oleh kerajaan Negeri Kedah.

Banyak khabar-khabar angin yang bertiup tentang ada dikalangan ahli-ahli exco begitu aktif mengejar projek dan sebagainya.

Semoga dengan penubuhan JITU ini, kalangan ahli-ahli exco yang aktif dalam bidang tersebut kenalah 'slowdown' sikit dalam mengejar harta dunia sebaliknya menumpukan kepada tugasan yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka.
Harta kekayaan banyak pun tidak boleh dibawa ke alam barzakh dan akhirat. Tambahan kekayaan yang diambil secara tidak normal.

Kita sama-sama mengingati amanah rakyat dan jangan jadikan jawatan untuk merebut kekayaan dunia.

Jangan cakap tak serupa bikin sudahla!

Kedah Ke Arah Sifar Toleransi Terhadap Rasuah – Mukhriz

ALOR SETAR, 22 April (Bernama) — Kerajaan Kedah tidak akan bertolak ansur atau bertoleransi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan apa juga bentuk rasuah dalam usaha memerangi gejala negatif itu di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, pihaknya mengakui agak sukar untuk mencapai sifar rasuah, namun dengan tidak memberi toleransi terhadap pihak terlibat, ia diharap dapat mengekang perkara itu daripada terus berlaku.

“Saya memandang serius usaha perangi rasuah ini. Tak bermaksud ia berleluasa (di Kedah), tapi kita nak wujudkan suasana yang kondusif, perangi rasuah dan tidak benarkan ia berlaku,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah di sini Selasa.

Beliau berkata dua perkara yang diberikan penekanan ialah mengenai proses kelulusan apa juga perkara di semua peringkat termasuk jabatan dan daerah, perlu diselesaikan segera setelah semua syarat atau peraturan dipenuhi.

“Kalau makan masa terlalu lama, akan wujud suasana, rasuah boleh berlaku. Jadi saya berpesan kepada semua

pihak untuk mempercepatkan proses kelulusan supaya tidak ada ruang atau alasan kelambatan yang boleh menyebabkan rasuah,” katanya.


Mukhriz berkata, selain itu kuasa budi bicara juga akan dikurangkan dan setiap keputusan yang dibuat di peringkat jabatan misalnya perlu dilakukan mengikut proses yang ditetapkan iaitu setelah segala syarat dipatuhi, kelulusan perlu diberikan.

“Saya yakin bahawa semua peringkat bukan sahaja kerajaan malah pihak swasta, akan lebih selesa jika proses dilakukan secara telus dan cepat, ini akan memudahkan urusan perniagaan dan menunjukkan kerajaan negeri properniagaan.

“Sejak beberapa bulan lalu (sejak Januari 2014), kerajaan negeri telah tubuhkan JITU (Jabatan Integriti dan Tadbir Urus) dan ia mula bergerak, menerima aduan (mengenai rasuah),” katanya.

JITU ditubuhkan kerajaan negeri sebagai mencontohi tadbir urus dan integriti tinggi yang ditunjukkan kerajaan Persekutuan dan jabatan baru itu diketuai seorang pegawai bertaraf senior dalam kerajaan negeri yang mempunyai kuasa menyiasat kes berkaitan integriti.

– BERNAMA

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates