Khamis, 3 April 2014

Lebarkan kepada ahli UMNO dan rakyat Malaysia.

KedahTimes kalau boleh ingin melihat Nik Aziz memohon maaf kepada semua ahli UMNO Khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya, di atas kesilapan yang pernah beliau lakukan dulu.

Sebagai pemimpin yang zudud, beliau telah meminta maaf kepada orang Kelantan atas apa jua kesalahan beliau selama 23 tahun memerintah Kelantan. Itu amat KedahTimes puji dan bersyukur.

Tetapi beliau perlu lebih ke depan lagi dalam memohon maaf kepada seluruh ahli UMNO dan rakyat Malaysia di atas segala tindak-tanduk, perkataan dan perbuatan beliau yang membawa kepada perpecahan umat Islam.

Jika itu Nik Aziz lakukan, KedahTimes 'salute' kepada beliau dan bersyukur kepada Allah


Sebagai insan kerdil, Awang tersentuh dengan permohonan maaf bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat atas segala kesilapannya selama 23 tahun menerajui pentadbiran itu. Air matanya bergenang ketika memohon maaf di hadapan jemaah semasa kuliah Subuh, semalam.

Syukur. Beliau yang juga Mursyidul Am Pas, mengambil langkah terpuji. Memohon maaf adalah sebahagian daripada proses penyucian jiwa yang sangat dituntut oleh ajaran Islam.

Awang tidak mahu ulas panjang lebar. Biarlah kita semua mengambil semangat yang betul.

Tidak perlu untuk mengimbas segala kontroversi, kegagalan dan kelemahan beliau serta pendiriannya dalam banyak isu yang dianggap telah memudaratkan kepentingan Islam, lebih-lebih lagi berkaitan perpaduan ummah.

Awang sendiri walaupun selalu menggeleng kepala dengan kenyataan Nik Aziz, sebenarnya sudah lama memaafkan beliau. Siapalah kita untuk terus menghukum beliau yang telah dimamah usia serta semakin uzur. Nik Aziz juga insan biasa yang tidak terlepas daripada salah dan silap. Rata-rata masyarakat apatah lagi penduduk Kelantan tiada masalah untuk memaafkan beliau.

Apa pun, Tok Guru punya jasa dan sumbangan besar yang tidak boleh dinafikan.

Nik Aziz banyak kekuatan. Kepimpinannya membolehkan Pas menguasai Kelantan selama lima penggal dan mengukuhkan parti itu atas cengkaman pengaruh beliau yang dicemburi kawan mahupun lawan. Rekod itu pastinya sukar ditandingi oleh pemimpin lain selepas ini.

Kehidupan yang serba sederhana, tidak dilingkari dengan isu integriti dan moral, menyebabkan ramai pengikut menyayanginya.

Awang berdoa agar Nik Aziz dipanjangkan usia, stabil kesihatannya dan diberikan kekuatan untuk menempuh sisa-sisa usia termasuk boleh terus menyampaikan kuliah Subuh. Semoga perbuatan mulia beliau memohon maaf dengan hati yang jernih dan kudus, dicontohi pemimpin lain.

Terdetik pertanyaan dalam hati, apakah ketua pembangkang, Anwar Ibrahim yang dilaporkan hadir pada sesi kuliah Subuh Nik Aziz semalam, mahu mengambil iktibar.

Awang berdoa agar beliau dibuka pintu hati untuk memohon maaf atas segala keterlanjuran, kesalahan dan dosa. Mudarat yang Anwar bawa kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara jauh lebih besar daripada mana-mana pemimpin di tanah air ini.

Buktilah keberanian untuk ‘membersihkan diri' dan mengambil sikap bertanggungjawab sementara belum terlewat.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates