Selasa, 1 April 2014

MENGAPA KAMI TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM

Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim
Bekas Ahli Parlimen Bayan Baru P. Pinang.

Sekitar awal 2010 Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim yang ketika itu Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Pulau Pinang terperanjat apabila mendapat tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan supaya beliau dihadapkan ke Lembaga Displin Parti.

Puncanya -  kerana Zaharin mengambil pendirian mengkritik kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng secara terbuka.

Tindakan Zaharin itu disebabkan dasar DAP yang diketuai Guan Eng yang dilihat banyak membelakangkan orang Melayu di negeri ini, banyak gerai milik peniaga orang Melayu dirobohkan di sebalik wajah Khalifah Umar Abdul Aziz yang diuar-uarkan milik Guan Eng.

Macam mana saya sebagai rakan dalam pakatan pembangkang apabila  mengkritik pentadbiran Guan Eng yang ala diktator, cauvinis dan komunis ini terhadap orang melayu Pulau Pinang tidak diambil endah oleh kepimpinan Parti.

Sebaliknya lebih menyedihkan  lagi apabila saya mendapat tau Anwar mengarahkan saya dirujuk ke Lembaga Displin, ini satu penghinaan kapada saya sehingga menyebabkan pada 12 Fabruari 2010 saya mengumumkan keluar PKR, kata beliau ketika dihubungi penulis pertengahan Mac 2012.

Mengulas lanjut, Zaharin menegaskan, saya tidak mahu sejarah menghukum saya kerana tidak berbuat apa-apa dalam berdepan dengan keadaan tersebut.

Saya tidak mahu generasi akan datang melihat saya sebagai sebahagian daripada gerombolan yang mengjahanamkan dan merosakkan negara bangsa dan agama saya, kata beliau.

Kata  beliau semasa dirinya dijemput oleh Anwar yang juga Penasihat PKR menyertai parti itu dulu, beliau yakin PKR berjuang untuk reformasi dan perubahan tanpa  berkompromi dengan nilai-nilai bangsa serta agama, namun beliau kian  ragu dengan matalamat dan perjuangan PKR dalam pakatan pembangkang kerana berkerja sama dengan DAP yang sifatnya mengamalkan politik sempit.
Ini dapat dilihat melalui gaya kepimpinan Guan Eng yang membelakangkan orang Melayu beragama Islam khususnya golongan penjaja di negeri itu. Dasar cauvinis dan ekstrimis yang dibawa DAP di negeri ini iaitu turut dibuktikan dengan tindakan Guan Eng mempolitikkan institusi Islam seperti pusat zakat katanya.

Datuk Seri Zaharin berkata kebanyakan pemimpinan kanan PKR diperingatkan bahawa agenda PKR adalah lebih besar iaitu menuju ke Putrajaya, tetapi bagi beliau kalau betul nak menuju ke Putrajaya pekara asas perlu diperbetulkan terlebih dahulu.

Kalau semua pekara di bawah diserahkan kapada DAP, anda seorang duduk di situ sedangkan di bawah dan dikeliling dipenuhi orang yang hendak merosakkan kita saja, ia masalah juga, saya tidak sangup itu berlaku. Kalau kita bawa pekara yang penting kapada Anwar dan parti tetapi diremehkan, maknanya parti itu tunggu masa nak runtuh.

Soalnya Anwar tidak ambil perhatian atau tidak tegas terhadap isu-isu yang dibawa, sebaliknya hendak menyakinkan rakyat bahawa pakatan pembangkang lebih baik daripada BN itu sahaja objektif beliau, misinya ialah menuju ke Putrajaya itu sahaja katanya.

Kata Zaharin lagi Anwar Ibrahim punya 'style' bukan panggil bincang ramai-ramai, keputusan parti, keputusan dia, isu kelimah Allah contohnya menjadi dasar parti bukannya dibawa ke dalam Majlis Kepimpinan Tertinggi, tetapi ia hanya dibincangkan dengan satu dua orang sahaja, kemudian terus jadi dasar parti, apakah ini parti demokratik?.

Beliau yang turut ditanya mengenai kenyataan bekas Timbalan Presiden  PKR  Dr. Syed Hussain Ali yang menganggap tindakan ramai pemimpin PKR keluar dari parti itu umpama pembersihan PKR daripada najis, berkata:

Kami sebenarnya bersyukur kerana kami keluar daripada parti yang boleh diibaratkan sebagai rumah yang penuh dengan najis, kini semakin ramai keluar rumah najis itu rumah yang penuh dengan tahi, kita bukan membersihkan PKR, sebaliknya kita membersihkan diri kita, sebab apa yang kita lakukan dalam PKR itu, kita anggap sebagai dosa yang telah kita lakukan dan sekarang ini adalah penebusan, dia cakap pekara itu setahun lalu, tapi tengoklah berapa ramai Ahli Parlimen yang sudah keluar PKR.

Sebenarnya mereka dalam Pembangkang ramai yang dapat kekayaan daripada BN tetapi mereka tak bersyukur malah mengigit tangan yang memberinya, dan mula mempfitnah kononya kroni, rasuah dan sebagainya, apa yang mereka dapat kekayaan itu hasil dari BN yang memerintah negara ini. janganlah kita disempitkan pemikiran kita oleh fitnah cubalah kita berfikir dengan ILMU.

Zaharin turut menarik perhatian  mengenai janji Anwar untuk membentuk kerajaan pada 16 september 2008, itulah penipuan, membohongi, menipu dan menyeleweng pemikiran rakyat, jadi rakyat sebenarnya sudah tertipu, termasuk saya, sebab sebelum PRU 2008 Anwar menonjolkan dirinya sebagai penyelamat negara, dengan harapan  diberikan  kapada rakyat untuk terima dia  sebagai pemimpin, tetapi sekarang nampak jelas berbohong.

16 September itu jelas, sebabnya bukan sahaja kami dalam PKR yang gembira mendengar pelan peralihan Anwar untuk mengambil alih kerajaan, malah semua penyokong dan pengundi PKR pun gembira.

Tetapi apabila 16 September tidak berlaku, itu sudah menunjukkan dia (Anwar) ini penipu dan orang yang menaruh harapan ini telah ditipu, apa penjelasan Anwar dalam hal ini? sampai sekarang tidak ada penjelasan semasa saya dedahkan dalam Parlimen mengenai pelan 16 september dan semasa saya mengumumkan keluar parti pun, itulah pekara pertama yang saya utarakan, ini bermakna saya konsisten.

Sampai hari ini saya tak dapat penjelasan daripada Anwar. Dia bertanggungjawab untuk menerangkan kapada penyokongnya dan rakyat Malaysia tentang apa sebenarnya yang berlaku pada 16 september, kalau dia tak boleh terangkan dan beri fakta yang ada, dia pembohonglah.

Menurut Zaharin, dasar-dasar yang tidak konsisten dalam pembangkang semakin terserlah, beliau memberi contoh, semasa menjadi pengerusi PKR Pulau Pinang beliau telah diarah oleh Anwar supaya saya tidak tunduk kapada DAP.

Tetapi selepas memenangi (lima negeri) pilihan raya lalu dia (Anwar) boleh beritahu saya sekarang kita lupakan PAS, kita mesti berkerjasama dengan DAP sebab kita ada agenda yang lebih besar lagi, jadi bermakna Anwar ini, satu hari cakap lain dan hari berikutnya akan cakap lain pulak, lusa pula dia akan kata kita akan terus berkerja sama dengan PAS, ini apa cerita, yang jelasnya dia cakap tak serupa bikin dan berbohong, katanya.

Ditanya apa pesanan kapada pemimpin-pemimpin pembangkang yang dianggap telah terkeluar dari landasan perjuangan asal, Zaharin berkata, Kapada Pas dan PKR bukalah mata apa yang saya katakan ini tidak ada kaitan dengan meterial atau sesetengah dakwaan mengatakan saya ini gelojoh.

Saya tidak ada niat nak jadi PM, bukan tujuan saya nak terlibat dalam politik untuk merampas kuasa dalam pentadbiran kerjaan, isunya kita mahu membetulkan keadaan negara  dan ini bukan kerja saya seorang, ini memerlukan usaha semua pihak  terutama yang terlibat  dalam politik kata beliau.

Kata Zaharin lagi, Kapada pembangkang jangan terlalu kotor dalam berpolitik kerana tindakan itu akan hanya merosakkan negara, anda sebagai seorang ahli politik perlu bertanggungjawab dengan setiap kenyataan yang dikeluarkan, jangan menipu rakyat supaya percaya kapada sesuatu perkara yang tidak benar  atau tidak akan wujud seperti 16 september, kalau pemimpin itu kaki pembohong, dan ada sokongan pemimpin yang pembohong, maka PKR, Pas dan Dap juga membohongi rakyat.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates