Selasa, 1 April 2014

PEMBOHONGAN ANWAR DAN PERNCANGANNYA

KITA TAK AKAN BERJAYA DALAM PILIHAN RAYA
TETAPI KITA AKAN BERJAYA DIATAS JALAN RAYA.

Anwar pernah menyatakan sedemekian, kerana dia tau kekuatan kerajaan, sebab beliau pernah bersama kerajaan selama 16 tahun, jadi dia cuba merancang sesuatu untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi perdana menteri dan seterusnya menjadi Presiden negara ini.

Keputusan-keputusan mahkamah banyak membantutkan perancangannya untuk melakukan demonstrasi jalanan yang besar-besaran di seluruh negara, semua persiapan sudah disediakan, sebaik sahaja setiap keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman Anwar bersalah, maka gerakan menghuru-harakan keadaan akan tercetus.

 Anwar cuba untuk melakukan seperti mana di negara Mesir dan negara-negara Islam yang berlaku pergolakan pengulingan pemimpin dengan cara rusuhan. rancangan ini gagal kerana keputusan mahkamah menjadi sebaliknya.

Semua rusuhan jalanan yang berlaku di negara ini terhenti semasa Anwar didalam kerjaan selama 16 tahun dari 1982 hingga 1998. Selepas beliau dipecat dari Kerajaan, bermulalah aktiviti demonstrasi jalanan.

Demonstrasi yang dianjurkan oleh Anwar bermula tahun 1974 di ibu negara dimana Anwar mengajak seluruh pelajar Melayu di pusat pengajian tinggi berhimpun di Masjid Negara, kononnya membantah kerajaan yang tidak prihatim masalah rakyat yang susah sahingga ada yang mati kebuluran di baling Kedah.
Inilah bermulanya pembohongan Anwar terhadap rakyat malaysia, pembohongan ini terus berlaku walau pun Anwar dalam kerjaan banyak pembohongan yang dilakukannya, janji-janjinya semasa jadi Timbalan Perdana Menteri banyak yang tak tertunai, kanonnya kalau saya jadi Perdana Menteri, sebagai contohnya pembohongannya, ada beberapa buah negeri yang Anwar janji kapada orang-orang kuatnya dalam sebuah negeri itu sampai tiga (3) orang dijanji untuk jadi Menteri Besar kalau dia jadi PM nanti syarat kena kerja kuat untuk pastikan dia jadi PM. Sedangkan MB sesebuah negeri hanya seorang sahaja tapi anwar berjanji dengan tiga (3) orang, disini kita dapat lihat macam mana Anwar berbohong.

Begitu jugalah janji anwar sekarang macam-macam janjinya untuk menarik sokongan rakyat untuk memberi sokongan kapada pakatannya,Kalau dia jadi PM nampaknya akan ramai lah Timbilan Perdana Menteri kerana anwar berjanji dengan semua rakannya, termasuk Sabah dan Serawak untuk di lantik jadi TPM, dan akan ada 4 orang TPM, DAP, PAS, Sabah dan Serawak.
Apakah Anwar akan berjanji untuk menaikkan harga getah kepada rakyat Baling dalam roadshow 'Rakyat Derita'nya?

Cubalah kita berfikir dalam hal ini munasabahkah pekara ini dalam fikiran kita.

Janganlah kita terpadaya dengan pembohongan Anwar ini.
ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates