Ahad, 25 Mei 2014

CELAKA

Celaka, damn it! membawa erti sesuatu kejadian yang tidak diingini, seperti berlaku kecelakaan (kemalangan) yang meragut nyawa.

Ia juga digunakan sebagai satu perkataan makian yang digunakan pada masa yang marah, yang membawa erti seolah-olah mengharapkan yang dikatakan itu akan mengalami nasib malang:

"Celaka ko!" (Nasib malang ke atas kamu.)
"Babi busuk kamu celaka!" (Semoga kamu mendapat nasib malang.) adakalanya celaka adalah cilaka, chelaka, celakar, chilaka, chilakar, dll...

Terkini sebutan celaka dibuat oleh seorang ADUN DAP, RSN Rayer sewaktu berbahas di DUN Pulau Pinang. Beliau menyebut ' Celaka UMNO' dalam membahaskan isu yang sedang dibahaskan.
Celaka Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu membawa makna mereka-mereka yang menyertai pertubuhan ini adalah celaka belaka.

Rayer berharap semua orang Melayu dalam UMNO akan menerima nasib malang. Apakah nasib malang yang bakal dibawa oleh DAP kepada orang Melayu?

Orang Melayu patut sensitif dengan makian ini. Orang Melayu patut ambil berat tentang harapan DAP supaya Melayu menerima nasib malang.

Apa puka kata PAS dan PKR?

Dalam Rayer sebut celaka dalam dewan, ada juga ADUN melayu menulis celaka dalam facebooknya. 

Maka apakah celaka ini sudah menjadi satu yang normal dikalangan kita sehingga tiada perasaan apa-apa bila disebut celaka?

Tepuk dada tanya selera.

ads

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Betapa celaka kerana datuk nenek mereka diberi kerayatan percuma dan cucu cicit mereka begitu celaka sekali perangainya. Melayu PAS/PKR jangan terlampau confident untuk bermain dengan puak2 ni.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates