Rabu, 14 Mei 2014

Krisis Politik Terengganu - Said vs Najib?

Krisis politik yang melanda Terengganu jika tidak diurus dengan baik bakal menjadi duri dalam daging kepada UMNO. 

Pakatan Rakyat dengan diam-diam bersedia untuk mengambilalih Terengganu dari BN, jika kemelut ini berterusan. Dalam keadaan majoriti BN yang agak menakutkan di Terengganu, kebijaksanaan pihak atasan UMNO amat perlu pada masa ini.

Pemberontakan 21 ADUN Kedah semasa krisis Othman Arof vs Sanusi Junid  pada awal tahun 90an wajib diambil iktibar. Bayangkan 21 ADUN di Kedah melakukan sesuatu yang tidak bijak yang boleh membawa kejatuhan kerajaan BN di Kedah?

Tetapi Tun Mahathir dengan bijaknya menyelesaikan masalah ini tanpa seorang pun dari 21 ADUN keluar parti menjadi ADUN Bebas. Malah Sanusi menjadi MB Kedah dengan kepercayaan semua.

Krisis ini patut dijadikan sebagai satu pengajaran yang baik kepada semua dan mungkin boleh dijadikan sempadan untuk penyelesaian krisis politik terengganu.


Apa-apapun, kita harapkan UMNO terus menerajui Terengganu. Politik adalah satu kerjaya berisiko tinggi, tiada perkataan 'KESIAN'. 

Ahmad Razif Dijangka Mulakan Tugas MB Esok

KUALA TERENGGANU, 13 Mei (Bernama) -- Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dijangka memulakan tugasnya sebagai Menteri Besar Terengganu secara rasmi esok. Menurut Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Ahmad Razif (gambar) difahamkan akan memasuki pejabat Menteri Besar di Tingkat Enam, Wisma Darul Iman pada pukul 7.45 pagi. 

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri itu, semalam dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said yang meletakkan jawatan. 

Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di sini pada 9.18 malam tadi. Ahmad Razif, 49, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir selama dua penggal sejak 2008 merupakan lulusan Sarjana Sains dalam Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia, pernah menyandang jawatan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia. Beliau juga menjadi Ketua Penerangan Umno Terengganu pada penggal lepas. 

Antara Menteri Besar Terengganu sejak 1959 ialah Mohd Daud Abdul Samad dari PAS (1959-1960), Tan Sri Ibrahim Fikri Mohamad dari Umno (1960-1970), Datuk Mahmood Sulaiman dari Umno (1970-1971), Datuk Nik Hassan Wan Abdul Rahman dari Umno (1971-1974), Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dari Umno (1974-1999), Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari PAS (1999-2004), Datuk Seri Idris Jusoh dari Umno (2004-2008) dan Datuk Seri Ahmad Said dari umno (2008-12 Mei 2014). - 

BERNAMA 

iklan

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates