Selasa, 27 Mei 2014

Lagi Blog Perasan Hebat


KedahTimes ada menulis tentang kes blog ini di 'block' dari di akses oleh mereka-mereka yang berada dalan rangkaian KTPC, Kulim disini.

Sehingga ke hari ini, blog KedahTimes yang pro BN ini masih tidak boleh diakses melalui rangkain KTPC. Malah blog-blog PR yang lain tidak di 'block' oleh mereka. Sesuatu yang menarik yang patut pihak atasan KTPC ambil tindakan.

Terus-terang KedahTimes katakan yang KedahTimes akan terus menulis tentang apa saja yang dirasakan tidak dilakukan dengan betul dan melanggari kuasa dan mandat yang diberi rakyat.

Dalam kes 'double standard' ini, merasakan penanggung tugas KTC patut bertanggungjawab. Sehingga hari ini blog ini tidak dapat diakses dan beliau sepatutnya sudah lama memberi arahan supaya tiada double standard berlaku dalam hal ini.

Mungkin kerana PENANGGUNG TUGAS Presiden KTPC bukan orang pro BN agaknya, maka KedahTimes diblock aksesnya dari rangkaian KTPC. 

Untuk pengetahuan Penanggung Tugas KTPC, KedahTimes dah banyak baca luahan rasa serta komen apabila keluar saja artikel berkaitan dengan tuan Penanggung Tugas.

Malah ada blog khas ditujukan kepada penanggung tugas disini. , Juga terdapat penulisan tentang beliau disini, disini, disini, disini dan banyak lagi blog-blog pro BN.

Tapi hairannya sehingga hari ini dia masih diberi kepercayaan menanggung tugas Presiden KTPC, malah angin-angin kencang (kalau tidak masakan pokok bergoyang) yang beliau akan ditawarkan sebagai Presiden KTPC. Wallahuaa'lam, itulah yang sering KedahTimes dengar kerana beliau memang rapat sangat dengan exco Kedah.

Jika beliau pro BN, kenapa blog pro BN di Block? Itu saja soalan KedahTimes. Jika sapa-sapa nak tolong jawab bagi pihak dia, silakanlah.

ads

2 comments:

diyana berkata...

biar ajer laa mereka tu.. tahun ni boleh bercuti2 lagi ke luar negara... tp satu sen pun tak bawak masuk. ke jepun.. ke mana2 saja atas nama mencari investment. yang sepatutnya dipinggirkan.. kalau pergi sama pun tak guna, buat menyakitkan hati.

Anak Bukit Jelutong berkata...

Kalau musim 2008-2013 kita pun faham, kalau sekalipun Kedah Times di "blok"

Tapi sekarang era BN memerintah Negeri Kedah, tak patut sangat Blog Pro-BN dilakukan sedemikian rupa.

Mungkin "kuasa" yang paling atas di Negeri Kedah boleh membantu.

Janganlah kerana terjahan keras tetapi betul, oleh Kedah Times dijadikan alasan..














Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates