Ahad, 4 Mei 2014

Mendedahkan dongeng Malaysiakini

MALAYSIAKINI sejak penubuhannya pada tahun 1999 sering mendakwa diri sebagai sebuah organisasi media yang paling bebas, tidak berpihak dan menyajikan berita terkini.

Namun hakikatnya di sebalik slogan dan retorik yang dilaungkan ternyata mereka berpihak kepada pihak pembangkang sekali gus tidak sebebas yang digambarkan.

Apatah lagi berita terkini yang dikeluarkan mereka lebih berunsur kontroversi, adakalanya mengugut dan mempunyai agenda tersendiri dalam memecah belah rakyat berbilang kaum di negara ini. Berikut dinyatakan pandangan beberapa pihak yang menganggap Malaysiakini tidak lebih mesin propaganda pembangkang dalam menjayakan agenda politik yang kotor.

1. Isu Islam

Walaupun saya sudah membaca Utusan Malaysia, Berita Harian, Harakah dan pelbagai akhbar lebih 25 tahun dahulu, Malaysiakini menjanjikan berita yang terkini serta dilihat bebas. Sekurang-kurangnya, itu yang pemiliknya mahukan dan yang pembaca mimpikan.

Terbaharu, Malaysiakini untuk kali keseribu, menjual harga diri orang Islam di Malaysia. Mereka galak menghasut bukan Islam untuk membenci orang Islam dalam isu hak penjagaan anak yang diberi kepada ibu bukan Islam yang kemudiannya ‘dirampas’ oleh bapa mualafnya.

Di kala akhbar cetak lain mengambil sikap sederhana dengan tidak mensensasikan isu tersebut kerana khuatir mengguris hati bukan Islam, Malaysiakini berterusan menyerang kredibiliti anggota penguat kuasa yang beragama Islam yang bertindak mengikut akta yang ada - sama ada sivil mahupun syariah.

Malaysiakini langsung tidak peduli akan perasaan orang Islam terhadap artikel mereka, apatah lagi komen mereka yang menggunakan nama samaran dalam ruang komen pembaca untuk membakar sentimen benci Islam.- Mustaqim Abdul Rahman (21/04/2014)

2. Isu MH370

Saya membaca laporan portal propembangkang, Malaysiakini, Kit Siang panggil sidang akhbar mempersoalkan ayat yang digunakan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) berhubung pesawat MH370 berakhir di koridor selatan. Walhal, dalam Malaysiakini juga ada kenyataan Duta Besar China (Dr. Huang Huikang) menyatakan itulah setepat-tepatnya ayat yang digunakan oleh Perdana Menteri.

"Inilah sengaja dieksploitasikan. Dalam hal ini, kita jangan lupa, Kit Siang ialah seorang dramatis. Dahulu, dia menangis ‘takut’ kemungkinan logo roket tak dibenarkan untuk digunakan semasa pilihan raya umum lalu," katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara. - Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah (25/04/2014)

Laporan portal berita propembangkang, Malaysiakini disifatkan tidak ubah seperti barah berbahaya yang mampu merosakkan pemikiran masyarakat terutama golongan muda di negara ini. Laporan yang tidak bersandarkan fakta serta gemar menyajikan pendapat tidak berasas bertujuan menimbulkan spekulasi, tidak sewajarnya dibiarkan.

"Malaysiakini sering mewujudkan pelbagai spekulasi melalui pemberitaan yang akhirnya mencalarkan imej negara di mata dunia. Perkara tersebut dapat kita lihat dalam kebanyakan laporan mereka tentang kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370," katanya. - Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Abdul Manap (14/04/2014)

3. Isu media adil

Kewartawanan di negara ini terbahagi dua (mengikut persepsi ini): yang adil dan yang tidak adil. Ironinya walaupun dalam keadaan wartawan tidak mengamalkan pertimbangan yang adil (seperti kata sesetengah pihak) kita mempunyai organisasi media yang mendakwa mengamalkan ‘kewartawanan adil.’ Salah satunya Malaysiakini.

Tetapi kewartawanan ‘adil’ cara Malaysiakini tidak mungkin wujud kalau Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak memberikan kebebasan itu. Saya tidak dapat membayangkan apakah yang berlaku kepada Malaysiakini sekiranya KDN mengambil pendirian ‘sangat adil’ seperti tindakan pihak berkuasa Singapura terhadap media. - Ku Seman Ku Hussain (13/04/2014)

Kebebasan bersuara hanya layak untuk kelompok yang memihak kepada mereka sahaja, kalau kebebasan bersuara itu menghentam mereka sudah pasti ia disenyapkan dengan seribu satu alasan.

Jika benar Malaysiakini mengamalkan kewartawanan tulen maka mereka perlu mengamalkan sikap bertanggungjawab dengan menapis terlebih dahulu apa juga komen yang mereka fikirkan tidak sesuai disiarkan.

Tetapi ini bukanlah perkiraan Malaysiakini kerana dalam agenda kewartawanan Malaysiakini bukannya mahu mengamalkan kewartawanan yang profesional tetapi lebih banyak dipengaruhi oleh sentimen yang kadang kala pasti mengetepikan rasional.


Dengan berselindung di sebalik istilah ‘Malaysiakini tidak akan bertanggungjawab’ dan ‘laman sosial’, Malaysiakini tidak boleh melenting jika mereka dianggap berbuat demikian untuk melakukan serangan kepada mana-mana pihak yang mereka tidak senangi termasuklah kerajaan Barisan Nasional (BN). - Zulkiflee Bakar (12/04/2014)

Malaysiakini perlu bersikap jujur serta menyatakan kewibawaan mereka dalam setiap laporan yang disajikan kepada masyarakat. "Mereka mengutuk Utusan Malaysia serta media arus perdana lain sebagai lidah rasmi kerajaan yang tidak bersifat adil sedangkan mereka sendiri menjadi kuda tunggangan kepada pihak pembangkang. - Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee (14/04/2014)


Utusan Malaysia

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates