Selasa, 27 Mei 2014

Pemimpin UMNO Mudah lupa

KedahTimes petik dari sini. Kebenaran tulisan ini KedahTimes serahkan kepada penulis blog tersebut.

Tetapi yang menariknya, apakah tidak diambil kira kemungkinan kebenaran tuduhan blog tersebut semasa beliau dilantik menjadi penanggung tugas Presiden KTPC?

Ini menjadi persoalan besar kepada KedahTimes. Malah pada zaman BN dahulum beliau boleh dikatakan sudah dipeti sejukkan oleh pengurusan terdahulu. Tetapi nyawa beliau kembali segar apabila PAS memerintah. Belang sebenar beliau tersembul keluar.

Yang tambah menariknya kini kerajaan yang diterajui UMNO masih menjadikan beliau orang terpenting lantikan UMNO di KTPC.

KedahTimes tidak faham kenapa! Mungkin sudah tiada anak Kedah lain yang layak!

Snippets: Such a good thing is not meant to last

Bayaran RM800,000.00 , invoice pun tiada.

Bayangkan sebuah anak syarikat kerajaan negeri Kedah, iaitu KTMSB membuat bayaran dalam bentuk cek yang dipecahkan kepada RM50,000.00 setiap satu berjumlah RM800,000.00.

Bayaran yang dibuat tidak mempunyai invois atau dokumen berkaitan pun untuk dibuat pembayaran. Jadi apa tujuan pembayaran dan kenapa ianya distruktur sebegitu rupa? Adakah mungkin dokumen berkaitan pembayaran sebesar hampir satu juta ringgit boleh hilang?

Apa sudah jadi? Gila apa dengan pentadbiran KTMSB dibawah Annuar Mohd Saffar?

Tapi jangan hairan kalau orang tua-tua kata dunia sudah mahu kiamat sebab banyak benda pelik berlaku.

Apa tak peliknya, orang yang membuat pembayaran mencurigakan sebanyak berjuta-juta ringgit dan mentadbir anak syarikat kerajaan dengan begitu misteri, kini dinaikkan pangkat lagi.

Siapa yang boleh menafikan bahawa anak syarikat kerajaan negeri Kedah, iaitu Kulim Technology Management Sdn Bhd dibawah Pengarah Eksekutif, Annuar Mohd Saffar telah membuat pembayaran secara misteri tanpa dokumen sokongan sebanyak RM800,000.00 kepada Asian Autotech Sdn. Bhd.?

Annuar Mohd Saffar kini telah dinaikkan pangkat kepada Naib Presiden di Kulim Techno Park. Tahniah diucapkan, jika benar beliau sudah naik pangkat. Diharap nikmat tuhan sebegini digunakan untuk menginsafkan diri, jika tidak, jadilah anda orang-orang yang rugi.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates