Isnin, 12 Mei 2014

PKR semakin tidak telus dan bebas

Selepas Anwar berlakon untuk bertanding jawatan Presiden PKR menentang isterinya (tetapi saat akhir beliau menarik diri dari bertanding yang membawa kepada kemenangan tanpa bertanding kepada isterinya), kini pemilihan PKR sudah menjadi seperti wayang kulit.

Ada pemilihan tetapi sudah jadi macam tiada. macam cokelat chipsmore. Sekejap ada sekejap dibatalkan.

Itulah ajaran buruk Anwar Ibrahim. Taktik tidak bagi sesiapa menentang isterinya, dia juga punah ranahkan semua pemilihan PKR.

Sehingga orang kuat diapun menyaran badang bebas memantau. Mungkin boleh guna SPR kot.

Azmin Cadang Jawatankuasa Bebas Pantau Pemilihan PKR

GEORGE TOWN, 12 Mei (Bernama) -- Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali mencadangkan parti itu menubuhkan jawatankuasa bebas bagi memastikan pemilihan parti yang telus, bersih dan adil.


Katanya jawatankuasa itu perlu ditubuh secara tetap dengan pegawai serta staf yang terlatih dan mereka akan berperanan sebagai 'pengawas pilihan raya'.

Cadangan ini akan dibincang di peringkat pucuk pimpinan pusat bagi tindakan lanjut, katanya kepada pemberita selepas pelancaran Bilik Gerakan Keadilan Bukit Gelugor, di sini Isnin.

Mohamed Azmin mengulas mengenai 12 daripada 22 pemilihan cabang PKR di Selangor yang dibatalkan semalam atas pelbagai sebab termasuk dakwaan wujudnya unsur penipuan dan ketidaktelusan dalam proses pengundian.

Pemilihan yang dibatalkan itu membabitkan Cabang Kuala Selangor, Sabak Bernam, Klang, Kota Raja, Shah Alam, Kapar, Sungai Besar, Subang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Sepang dan Selayang.

Ditanya mengenai kekecohan yang sering berlaku dalam setiap pemilihan parti itu, beliau berkata: "Kita kena lihat dari sudut yang positif. Ini parti politik yang pertama menggunakan sistem pemilihan yang cukup terbuka dan demokratik iaitu satu anggota satu undi...jadi, kita kena terima itu sebagai satu pembaharuan di dalam sistem politik negara kita.

"Perkara yang baharu sudah tentu ada penambahbaikan yang perlu dibuat. Jadi, sekarang ini kita sudah teliti ada beberapa penambahbaikan yang perlu dibuat, kita akan lakukan."

-- BERNAMA

ads

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Semoga terus diperlihatkan kebenaran dan didedahkan segala kepalsuan yg berlaku.

Tanpa Nama berkata...

Masa pemilihan biar kecoh dan baling kerusi tetapi bila semua selesai jangan tikam men ikan dan jolok menjolok macam umno Trengganu.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates