Selasa, 20 Mei 2014

Right Hanya untuk DAP dan penyokongnya

GEORGE TOWN 20 Mei - Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan mendakwa telah dilanggar kereta milik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Ianya berikutan tindakan calon bebas itu menahan kereta Mercedes tersebut setelah menunggu pada tempoh masa yang agak lama untuk menemui Setiausaha Agung DAP itu.

Abu Backer mendakwa telah mengalami kesakitan di bahagian rusuk kanannya akibat kemalangan itu.
Ambulans yang tiba pada jam 2.30 petang membawa beliau ke Hospital Pulau Pinang.

Sebelum ini Abu Backer yang telah seminggu meminta kebenaran untuk menemui Guan Eng di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau turut meluahkan perasaan tidak puas hati kerana lawan beliau calon DAP Ramkarpal Singh dapat masuk ke DUN sedangkan beliau hanya dibenarkan berjumpa dengan pegawai DUN.

Dari RakyatNews
ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates