Ahad, 4 Mei 2014

ZIPY bakal dihidupkan semula

KedahTimes telah beberapa kali menulis tentang projek ZIPY atau SULIHH (dalam bahasa PAS) yang dirancang pada peringkat awalnya oleh Kerajaan BN. 

Penglibatan rakyat amatlah penting dalam projek ini. Malah rakyat menjadi orang pertama menikmati hasil projek ini kerana pengambilalihan tanah, penempatan baru dan sebagainya adalah durian runtuh buat mereka. Malah anak-anak mereka bakal memperolehi peluang pekerjaan dan perniagaan di sekitar projek.
Apabila PAS ambilalih Negeri, mereka menukar ZIPY kepada SULIHH tetapi tiada apa yang mereka lakukan. Mungkin tunggu kerajaan Persekutuan pam duit kot. Sebab itu bila kita tanya puak-puak pembangkang kenapa SULIH tak 'take of', jawaban mereka duit ditahan.
Kini ada harapan baru untuk projek ini diteruskan. Satu perjanjian telah dilaksanakan oleh Merapoh dan China Energy untuk menjayakan projek ini bersama.

Kehadiran beberapa tokoh korporat tempatan dalam majlis menandatangi persefahaman tersebut memberi petanda baik yang kemungkinan bersar mereka memberi sokongan kuat untuk projek ini.

Kejayaan projek ini bakal memberi pendapatan tambahan kepada kerajaan negeri disamping peluang pekerjaan yang amat banyak dalam pelbagai bidang terutama bidang Oil & Gas.

KedahTimes harapkan ini bakal memberi lonjakan ekonomi kepada Kedah. Disamping memenuhi akujanji PRU yang lalu.

Tahniah kepada Kerajaan negeri pimpinan Dato Seri Mukhriz.

Kedah Aman Makmur, bersama memacu Transformasi.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates