Ahad, 4 Mei 2014

ZIPY - Semoga Menjadi kenyataan


ALOR SETAR 25 April - Merapoh Resources Corporation Sdn. Bhd. (Merapoh) memeterai perjanjian usahasama dengan sebuah syarikat dari China, China Energy Hua Cheng Industrial Investment Co. Ltd. (China Energy) dalam projek berimpak tinggi Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) dengan jumlah pelaburan bernilai RM32.7 billion.

Pengerusi Merapoh, Datuk Bistamam Ramli berkata, projek itu dijangka mampu mengeluarkan kira-kira 800,000 tong mi­nyak sehari selepas beroperasi sepenuhnya dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Projek loji penapisan mi­nyak mentah ini akan dibina di kawasan seluas kira-kira 1,000 hektar merangkumi kawasan pesisir pantai dan kawasan darat. Kita juga telah mempu­nyai pelanggan yang berpotensi dari China iaitu, China National Petroleum Corporation (CNPC) untuk projek ini," katanya da­lam sidang media selepas maj­lis perjanjian usahasama itu di sini semalam.

Merapoh diwakili dua Pengarahnya, Nazri Ramli dan Shahidan Shafie, manakala China Energy diwakili Pengerusinya, Zhou Qing Jun.

Majlis itu disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd. Puat Mohd. Ali.

Yang turut hadir, dua Penasihat Merapoh, Tan Sri Tajuddin Ramli dan Tun Daim Zainuddin yang juga bekas Menteri Kewa­ngan.

ZIPY yang ditukar kepada projek Sungai Limau Hidrokarbon Hub (SULIHH) selepas Pas Kedah mengambil alih kerajaan negeri pada 2008, adalah projek penapisan mi­nyak di kawasan laut yang ditambak di Sungai Limau, Yan dan minyak mentah dari Asia Barat akan diimport serta diproses untuk dieksport semula ke China dan negara Asia lain apabila loji tersebut siap.

Barisan Nasional (BN) pada 2007 mengumumkan projek itu hasil perancangan rapi dan menyasarkan keuntungan sebanyak RM400 juta setahun dalam bentuk cukai, selain menawarkan pekerjaan kepada kira-kira 30,000 orang.

"Sebanyak 10,000 pekerja dijangka terlibat dalam projek ini dan pelbagai kemudahan lain akan dapat dinikmati melalui projek ini. Projek ini juga dijangka mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi di negeri Yan dan Kedah amnya," jelas Bistamam.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates