Ahad, 15 Jun 2014

Apabila Parti melebihi Kepercayaan

PRK Teluk Intan mengajar kita satu perkara yang tidak pernah terjadi sebelum ini. 

Jika dulu, bagi yang beragama Islam, Islam adalah keutamaan dan sentiasa berada di atas. Tetapi kini, Islam sudah diletakkan entah dikedudukan nombor berapa tetapi sudah pasti bukan ditempat atas atau nombor satu.

Yang diutamakan ialah parti dan pandangan parti.
Inilah yang terjadi kepada calon DAP yang berbangsa Melayu dan beragama Islam di PRK Teluk Intan yang lalu. Dan KedahTimes merasakan yang ianya akan berlaku lagi dimasa hadapan jika berlaku PRK kepada calon beragaman Islam dari DAP dan PKR waima PAS yang begitu sayang kepada DAP dan PKR.

Mereka bakal mengisytihar yang mereka akan mengutamakan agenda atau keutamaan parti melebihi agenda negera, bangsa atau agama.

Dari segi hukum agama, kedahtimes kurang pasti. Alim Ulama perlu beri pendapat. 

Apakah hukumnya seseorang Islam mendahulukan kehendak parti dan mengenepikan kehendak Islam dalam sesuatu isu yang khusus dan penting. Contoh terbaik ialah hukum Hudud seperti yang diutarakan oleh calon DAP di PRK Teluk Intan.

Apakah hanya berdosa atau jatuh syirik/kufur jika menolak terus hukum Islam kerana mengutamakan kehendak parti?
KedahTimes menyaran agar PAS keluarkan Fatwanya dalam hal ini. Kalau dulu ahli UMNO yang tidak menolak hudud dikata kafir, kini dimana PAS dan dimana fatwa PAS bagi sahabatnya yang sudah terang menolak hukum Hudud sebaliknya mengikut kehendak parti menjadikan negara ini sebuah negara sekular.

Dalam hal calon DAP PRK Teluk Intan, Kedahtimes menganggap PAS sudah double standard malah boleh dikatakan munafik kerana tidak bertegas apabila calon pilihan mereka menolak hudud.

Munafik!


ads

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

umno,pas dan pkr.... kesemua parti iniadalah pengkhianat kepada agama Islam,bangsa Melayu dan raja melayu...... itulah kenyataanya.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates