Ahad, 15 Jun 2014

Bersederhana adalah tuntutan Islam

Dalam Islam, kesederhanaan amatlah ditekankan.

Bila makan, kita perlu makan secara bersederhana, bukan makan kedarah.

Bila berbelanja, kita digalakkan berbelanja secara berhemah. Bukan berbelanja ikut nafsu.
Bila membeli juadah berbuka puasa dan semasa berbuka, kita digalakkan berbuka secara sederhana. Bukan mengikut nafsu amarah kelaparan.

Dalam semua aspek, Islam menyuruh kita melakukan secara sederhana kecuali dalam ibadah-ibadah khusus. 

Contohnya, bersembahyang yang mana disuruh kita melakukan dengan secara yang terbaik. Bacaan, perbuatan dan kekusyukan sewaktu bersembahyang. Malah disuruh kita melakukan sembahyang-sembahyang sunat yang lain sebanyak mungkin demi untuk bekalan kita di akhirat kelak.
Jika berpuasa, kita perlulah berpuasa sepenuhhati. Bukan hanya berpuasa dengan berhenti makan dan minum sahaja, tetapi disuruh mulut, mata, telinga, kaki, tangan dan semua anggota tubuh badan termasuk hati berpuasa. 

Sebaliknya jika kita berpolitik, amat molek jika sikap keserdehanaan dipraktikkan. Ini dapat mengelakkan dari perpecahan, kebencian, serta dendam mendedami antara satu sama lain. 

Keserdehanaan ini boleh membawa kebaikan yang amat besar kepada ummah Islam dalam meneruskan menegakkan agama, bangsa dan negara.
Sebaliknya jika kita terlalu ekstrem dalam berpolitik, maka kita boleh lihat apa yang berlaku diantara PAS, UMNO dan PKR. Masing-masing dengan sifat kebencian, kemarahan dan egonya tersendiri. Umat Islam juga berpecah belah.

Begitu juga dalam menyanjungi atau memuja seseorang pemimpin. Kita perlulah berserdehana. Kalau kita terlalu ekstrem dalam memuji atau memuja, KedahTimes boleh rasakan yang banyak buruknya bakal menjelma.

Marilah kita berserdahana dalam semua tindakan kita! Kecuali ibadat-ibadat khusus yang disuruh agama.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates