Rabu, 25 Jun 2014

Kenapa Kalimah Allah sahaja?

Dari awal lagi KedahTimes mengesyaki yang tujuan The Herald dan Kristian untuk memperolehi kebenaran menggunakan Kalimah Allah dalam bible atau apa saja penulisan mereka adalah untuk memesongkan AKIDAH umat Islam.

Bukan kerana Allah itu Esa, bukan kerana Allah itu Satu, bukan kerana Allah itu tidak Beranak, bukan kerana Allah tidak mempunyai anak. Sebaliknya kerana sudah tiada jalan lain lagi untuk menyesatkan umat Islam melainkan dengan menggunakan kalimah Allah ini untuk menyekutukan Allah. 

Jika umat Islam terima maksud Allah versi Kristian, maka secara otomatik, mereka menjadi murtad. Itu saja matlamat Kristian yang disebut dan diperingatkan dalam Quran yang mereka ini tidak akan berhenti untuk menyesatkan umat Islam.


Malah hari ini kita lihat ada orang Islam bersetuju membenarkan Kalimah Allah digunakan Kristian dan mereka berjuang bersama Kristian ini. Apakah mereka sudah murtad? Wallahuaa'lam.

KedahTimes menyeru semua umat Islam, bangkitkan mempertahankan hak kita orang Melayu dan Islam. Jangan biarkan mereka bebas melakukan apa saja dan mencemarkan kesucian Islam. 

Walaupun kalimah Allah tidak lagi dibenarkan digunakan oleh The Herald, tetapi nampaknya mereka memusing keputusan mahkamah dengan mengatakan hanya the Herald sahaja tidak boleh menggunakannya. Sebaliknya yang lain selain the Herald boleh menggunakannya. Inilah putarbelit Jeneral-jeneral Dajjal yang sudah tiba.

Soalan KedahTimes, kenapa mereka tidak memohon untuk menjadikan Nabi Muhammad sebagai Nabi mereka? Ataupun mengiktiraf Nabi Muhammad sebagai nabi seluruh umat?

Mereka hanya memilih sesuatu tindakan yang bagi mereka bakal boleh memesongkan akidah umat Islam. Itulah matlamat sebenar mereka.

Marilah kita umat Islam bersatu padu memerangi mereka.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates