Ahad, 8 Jun 2014

Permainan Racist Mereka

KedahTimes memanjangkan apa yang terpapar dalam versi online JOBSTREET.com.

KedahTimes tidak pasti samada sengaja dilakukan sebegini oleh samada Jobstreet atau Leader Cable.

Iklan asal dalam Jobstreet
Tetapi ini benar-benar menunjukkan permainan kotor rasis oleh mereka-mereka yang ingin melukakan hati orang Melayu.

Jika ini perbuatan RBA, ianya adalah ingin melukakan hati orang Melayu supaya membenci Leader Cable.

Jika ini sengaja dilakukan JobStreet, ianya mungkin bermotif sama dengan RBA.

Tetapi jika ini dilakukan oleh Leader Cable, ianya memang menampakkan syarikat ini adalah sebuah syarikat rasis walaupun diketuai oleh seorang Melayu tapi mungkin pengurusan pertengahan adalah mereka yang bukan Melayu.
Dibuang selepas ada ditegur

Jika 70% pekerja adalah orang Melayu, KedahTimes rasakan yang melayu hanya ramai di Production line berbanding diperingkat pengurusan dan professional.

Sebab itulah mereka tidak hairan apabila meletakkan iklan yang sebenar-benarnya menonjolkan sifat rasis mereka.

Jika sembahyang Jumaat dijadikan alasan untuk mengambil seorang bukan Melayu untuk bekerja waktu sembahyang Jumaat, KedahTimes rasa itu adalah alasan orang BODOH. Kerana jurutera Perempuan Melayu tidak diwajibkan sembahyang Jumaat.

Pesanan KedahTimes, ikhlaslah kita dalam segala segi. Jangan kita masih menganggap orang Melayu terlalu bodoh atau tidak boleh jadi  TUAN.

Orang Melayulah TUAN negera ini sekian lama. Kenapa kita tidak boleh jadi tuan dalam bidang-bidang lain?


ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates