Ahad, 8 Jun 2014

Tun Dr. Mahathir bersama Negeri Kedah Dalam misi pelaburan di Tokyo.

Kerajaan Kedah, dalam usaha memastikan pelaburan terus asing berterusan masuk ke dalam negeri itu, telan menjalankan satu seminar di Tokyo pada 18 hingga 23 Mei 2014.
Pertemuan wakil kerajaan negeri dengan pelabur telah dijalankan dengan kerjasama MIDA Osaka dan MIDA Tokyo, dengan acara kemuncaknya diadakan pada 23 Mei, di Tokyo, dimana satu seminar Pelaburan Ke Negeri Kedah dihadiri oleh 180 wakil tertinggi syarikat syarikat Jepun, dari seluruh negara matahari terbit itu.

Minat yang ditinggi ditunjukkan oleh pelabur Jepun dalam peluang pelaburan di Negeri Kedah, dalam bidang industri perkilangan, pelancongan sehinggalah industri makan dan barangan Halal. Soalan demi soalan dikemukakan sehingga tidak cukup masa yg diperuntukkan pada seminar tersebut.

Seminar tersebut juga telah meningkatkan kesedaran terhadap industri dan peluang perniagaan Halal di Kedah dan di Malaysia. Dikalangan pelabur Jepun, industri halal sudah menjadi satu minat baru penerokaan pasaran di Asia hasil promosi berterusan Malaysia.

Paling mengujakan adalah minat pengusaha Jepun kepada Tun Dr Mahathir, sehinggakan tidak cukup tempat dan masa dapat diperuntukan kepada mereka, dan banyak soalan dimulakan dengan pujian dan penghargaan kepada YABhg Tun. Melihat kepada budaya Jepun, pujian dan sanjungan mereka adalah penyataan penghargaan sebenar dan bukan dibuat2.

Nyata, pengaruh Tun Dr. mahathir mampu meningkatkan pelaburan di negeri Kedah dan Malaysia amnya.

Pada usia sebegitu, beliau masih menabur jasa untuk rakyat, dan tidak membuat kerja memburuk-burukan negara di luar negara bagi mendapatkan kuasa.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates