Rabu, 18 Jun 2014

World Cup, Politik dan Blog

Selepas beberapa perlawanan World Cup berlalu, KedahTimes hanya menonton satu perlawanan iaitu Jerman vs Portugal dimana Muller adalah pemain pertama melakukan hatrick.

KedahTimes peminat setia Brazil, German dan Perancis. Brazil kerana skil dan sambanya; German kerana teamwork dan kekuatan mentalnya; Perancis entah kenapa KedahTimes meminatinya, mungkin kerana pernah melahirkan pemain beragama Islam yang hebat.

Dalam hal ini KedahTimes sama sekali amat tidak setuju sama sekali ASTRO memonopoli semua siaran langsung perlawanan. Bukalah peluang kepada penyiar lain untuk menyiarkan perlawanan-perlawanan piala dunia, Jangan tonjolkan sikap MONOPOLI Astro.

Semasa berlangsung Piala Dunia, politik Malaysia agak senyap. Walaupun di dewan rakyat dua MP pakatan rakyat dihambat keluar dewan oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat kerana melanggari tatasusila dewan, malah kurang ajar kepada ahli dewan.

Dalam pada keseronokan Piala Dunia, KedahTimes sempat 'browse' beberapa blog politik yang terkenal. Tiada banyak cerita yang menarik perhatian.

Menariknya KedahTimes terjumpa beberapa blog baru yang hebat memperkatakan tentang Kedah dan politiknya. Untuk menjawab apa yang diperkatakan mereka, KedahTimes akan tulis dilain siaran.

Blog GherekBughok bercerita tentang impak  Projek Mega dan Ekonomi setempat. Satu analisis menarik juga untuk dibaca dan dijawab. Ianya bercakap tentang Kedah secara am.

Blog ini pula bercerita tentang cadangan pembinaan lapangan terbang baru di Kedah. Blog fokus kepada pembaziran yang bakal berlaku jika lapangan terbang ini dibina dengan menghabiskan berbilion duit pembayar cukai. Nanti KedahTimes jawab jika ada masa. Nama blogpun Berjuang menentang Kezaliman.

Seterusnya terjumpa blog Hero Tamil, Drebar Mesin Padi yang sudah menyiarkan beberapa artikel MPK yang mengamuk menyaman mereka yang tak bayar caj parking. Selain itu blog ini juga menulis tentang MADA dan hasil padi yang berkurangan.

Hermm nampak macam banyak isu yang perlu dijawab ni. InsyaAllah, KedahTimes akan ulas dan jawab bila ada fakta dan masa kelak.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates