Selasa, 15 Julai 2014

Derhaka kepada ketua agama Islam

Kedahtimes hanya apakah hukumnya derhaka kepada ketua agama islam.

SEPANG 15 Julai - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini amat kesal dan kecewa dengan kenyataan tidak bertanggungjawab Ahli Parlimen Pas, Khalid Samad yang mencadangkan kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). 

Menurut baginda, tindakan Khalid mempersoalkan kuasa MAIS itu seolah-olah menunjukkan sikap biadab dan penentangannya kepada kuasa baginda sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat daripada pihak MAIS berkenaan agama Islam seperti mana termaktub di dalam bawah undang-undang. 

Baginda bertitah, ini bukan kali pertama Khalid mempersoalkan isu berkaitan kuasa eksekutif MAIS serta Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk. 

"Kenyataan Khalid itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu beta dalam menjalankan kuasa beta sebagai ketua agama Islam di Selangor," titah baginda. 

Baginda bertitah demikian pada Majlis Perasmian Masjid Pekan Sepang di sini hari ini. Yang turut hadir, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada 17 Jun lalu, Khalid serta beberapa pemimpin Pas Selangor mendesak MAIS tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu dengan meminda enakmen yang selama ini memberi tanggungjawab kepada badan agama berkenaan. - UTUSAN ONLINE

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Macam mana nak bawa masuk TV ada Harakah satu pun cukup dah fitnah semata-mata. Ikut suka mak bapak dia nak tulis. Pernah BN ambil tindakan saman. Kalau kena saman bukan Pengarang saja yang kena habis semua pekerja tak boleh cari makan. Orang Melayu pulak tu.

Tapi jika akhbar pro kerajaan kira nak saman siap bagi warning kat wartawan lagi. Kebebasan akhbar taik minyak macam tu. Memang patut pun pembangkang tak perlu dilayan, selagi tak tau nak displin lidah pilah melalak dalam hutan mana pun siapa tak peduli.

Lu ada faham. Gua ada.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates