Isnin, 7 Julai 2014

Jangan Cakap tentang Perpaduan jika takut untuk TEGAS

Jika TS Muhyidin tidak tidur lena memikirkan tentang perpaduan kaum yang semakin longgar dan boleh berulangnya peristiwa 13 Mei 1969, maka KedahTimes sebagai seorang blogger yang bukanlah bijak macam pemimpin-pemimpin besar negara ingin menjawab semua kerunsingan beliau tersebut.

1. ISA WAJIB ada kerana ianya dapat membendung kerjabuat pihak-pihak tertentu yang sering menyentuh sensitiviti sesuatu kaum.

2. Ordinan Darurat mesti wujud kerana ianya boleh menghalang kumpulan-kumpulan tertentu dari bermaharajalela melakukan kejahatan. Ianya dapat memberi sedikit ketenteraman kepada rakyat yang ingin hidup harmoni.

3. Hapuskan sekolah Cina dan Tamil. Mana ada negara yang membenarkan minoriti menubuhkan sekolah berdasarkan bangsa atau budaya.

4. Sekolah Kebangsaan atau integrasi perlu dikuatkuasakan ke atas semua rakyat yang mengaku mereka warganegara Malaysia. 

5. Bahasa Malaysia adalah bahasa wajib untuk semua. Tiada kompromi dalam penggunaan Bahasa Kebangsaan ini. Rakyat Malaysia yang ingin bekerja di samada sektor Kerajaan atau swasta perlu fasih dalam bahasa Melaysia.

6. Islam sebagai agama rasmi Malaysia tidak samasekali boleh disentuh atau dipermainkan oleh bukan Islam.

7. Hak-hak Melayu dan Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan perlu dihormati semua dan diperlihara dengan baik.

8. Agak ekstrem jika perlu, hukum Allah perlu ditegakkan kerana Malaysia adalah negara Islam.

Mungkin banyak lagi boleh disenaraikan, tapi KedahTimes fikir setakat ini sahaja dulu. Bijakpandai Melayu ramai dan mereka boleh senaraikan lebih banyak lagi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peristiwa rusuhan kaum yang pernah tercetus pada 13 Mei 1969 boleh berulang jika perpecahan dalam kalangan rakyat tidak dapat dibendung manakala Perlembagaan negara terus dipersoalkan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perbalahan kaum ketika ini sudah menjadi kebiasaan apabila satu kaum mengkritik kaum lain dan perbuatan itu adalah bertentangan dengan adat, budaya dan tatasusila rakyat negara ini.

"Sebab itu timbul pelbagai andaian apabila hubungan kaum sudah sampai ke tahap cetus ketegangan dan hubungan tidak baik. Ini boleh menyebabkan peristiwa tersebut dan saya tidak mahu sebut tarikh itu (13 Mei 1969).

"Sebab itu kita harus lihat kembali apa yang dilakukan pejuang kemerdekaan. Kita sudah hampir 57 tahun merdeka dan berupaya membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu padu. (Sebelum ini) memang ada perbezaan dan salah faham tetapi tidak sehingga kita berbalah atau berlaku perpecahan," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, hubungan antara kaum diburukkan lagi apabila media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog yang tidak bertanggungjawab menyebarkan cerita-cerita tidak benar selain ditokok tambah kepada umum.

Menurutnya, rakyat perlu menapis sebarang berita atau khabar angin yang didengar menerusi Internet kerana tidak semua yang disampaikan adalah benar malah kerajaan tidak dapat mengawalnya secara keseluruhan.

Muhyiddin berkata, apabila perbalahan tidak dapat dibendung, maka akan berlaku kucar-kacir kerana hubungan antara kaum tidak seperti dahulu apabila mereka saling tidak mempercayai dan mencurigai antara satu sama lain.

"Saya sendiri sebagai Timbalan Perdana Menteri setiap malam sebelum tidur memikirkan macam mana nak uruskan negara. Ada orang hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya, apa nak jadi dengan Melayu, kenapa Islam dihina dan hal-hal yang sama.

"Mengapa hal-hal sebegini berlaku dan ini membimbangkan kita. Kita semua perlu balik ke pangkal jalan. Letakkan agama sebagai tonggak dan kekuatan kita sebagai orang Islam begitu juga budaya dan adat resam kita," katanya.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates