Khamis, 17 Julai 2014

Melayu dan Islam terus dihina dan dicerca

Bila seorang Melayu Islam mengeluarkan kata-kata kurang elok kepada bukan Melayu, dengan secepat kilat dia dikondem, dihina dan terkini bakal didakwa.
KedahTimes sesekali tidak bersetuju dengan sifat buruk Wanita Melayu Islam tersebut. Malah terasa amat malu apabila seorang Islam yang bertudung tidak menunjukkan sifat-sifat beliau sebagai seorang Islam. Tetapi mungkin kesabaran mereka sudah tercabar atau sudah beberapa kali dicabar.
KedahTimes sudah beberapa kali dilanggar dari belakang oleh bukan Islam. Dan apabila KedahTimes membuat keputusan untuk berhenti ditepi jalan, sipelanggar terus pecut lari. Itulah sikap kebanyakkan bukan Islam. Sebaliknya bila kita terlanggar sedikit kereta mereka, dengan segera mereka letak harga.

Itulah hakikat di Malaysia sekarang, penduduk asal boleh dikatakan ditindas, sebaliknya bukan penduduk asal ada pelbagai hak keistimewaan.

Mereka sewenang-wenangnya menghina Melayu, Islam dan malah ada yang menghina negara ini, tetapi tiada tindakan keras diambil. Ada yang dipanggil berjumpa menteri dan diberi kemudahan kewangan untuk membuat kerja-kerjanya.

Islam, Melayu dan Malaysia terus dihina dan diburukkan oleh mereka yang mencari kekayaan di negara ini. Tetapi kerajaan, orang Melayu dan orang Islam tidak melakukan apa-apa. Malah Kerajaan yang ditunjangi Melayu tidak mengambil tindakan berat pun terhadap mereka yang menghina apa yang termaktub dalam perlembagaan.

Sebaliknya bila orang Melayu dan orang Islam melakukan sesuatu, kutukan dan gesaan datang dari seluruh pelusuk Malaysia supaya segera diambil tindakan. 'Right' apakah yang diamalkan di Malaysia ini?

Dalam media sosial, kita lihat pelbagai hinaan, kutukan dan cercaan dikeluarkan, tetapi orang Melayu, orang Islam tidak pernah membalas balik dengan begitu teruk. Malah tiada tindakan kerajaan dikenakan ke atas mereka.

Inilah yang dikatakan 'Human Right' puak-puak liberal. Human Right yang amat bertentangan dengan ajaran Islam.

Apakah kita orang Islam dan Melayu mahu menerima Human Right puak-puak liberal ini?
Rught apakah yang membolehkan satu pihak hidup bebas menghina, mengutuk dan mencerca satu pihak yang lain/ Right apakah yang membiarkan mereka berterusan menghina dan mencerca pihak yang lain?

Right apakah itu bila tiada tindakan diambil ke atas penghina, pencerca. Sebaliknya bila yang dihina dan dicerca diambil tindakan segera dan keras apabila mereka membalas balik apa yang dilakukan kepada mereka?

Pencerca, penghina, pencaci berani kerana tiada undang-undang 'pre empt' yang boleh dikenakan terhadap mereka. 

Sebab itu mereka menjadi begitu bongkak dan angkuh!





ads

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

kali ni..kita pun kene viralkan apa saja bangsa lain buat tak baik dgn kita...

sbb asal kita buat..dikatanya rasis..kalau diorang buat..dikatanya keadilan la..demokrasi la..apa la itu la ini la..

-smh-

Tanpa Nama berkata...

pasal perempuan melayu maki lelaki cina yg letah terlanggar bumper keretanya, akupun tak setuju dengan aksi over perempuan terbabit. bagaimanapun dari satu sisi lain, kenapa respon terutamanya dari bos pdrm terlalu cepat. setahu aku, uncle tu tak nak pun buat laporan polis. bagaimana tiba2 pdrm nak siasat sedangkan tiada laporan polis dibuat? bagaimanapun jika pihak yang disyaki bersalah bukan dari kalangan melayu islam, dengan laporan polispun, nak sisasat lebih laju lagi siput babi bergerak. kenapa begitu? berlaku adillah wahai pihak penguasa. jangan tunjuk over sangat. orang tak reportpun sibuk nak siasat. tak pakai sop ke?

Tanpa Nama berkata...

Inilah keistimewaan pentadbiran Najib Al Mongol. Cina disembah dan dijunjung, melayu dianiaya. Najib dan UMNO menganggap orang melayu ni macam lembu. Bila tiba pilihanraya, dia mula bagi duit untuk dapat undi melayu.Sudah tiba masanya UMNO ditumbangkan dalam PRU 14 nanti. Lebih baik PR memerintah sekurang-kurangnya kita tidak dikhianati oleh orang UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Yang hina negara dan islam, MCA boleh bela, yang UMNO ikut pasal apa, baik UMNO bubar masuk MCA.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates