Selasa, 8 Julai 2014

PERPADUAN HANYA ANGAN-ANGAN

Jelas sekali keadaan rakyat Malaysia amat getir dengan bertambah renggangnya tali ikatan antara kaum. Semakin hari semakin jauh melayu dari Cina, Melayu dari India dan sebagainya.

Maka untuk mengatasi titik-titik perpecahan ini, pelbagai Suruhanjaya atau Jawatankuasa ditubuhkan untuk mencari formula bagi perpaduan kaum.

Tapi mereka mencari formula sahaja tanpa melihat kepada 'root cause'nya. Pelbagai cadangan dan peruntukan dicadangkan demi menjayakan formula-formula yang dicari.

Tapi apakah ianya akan berjaya? Jika dari kecil anak-anak Melayu, CIna dan India dipisahkan; proses pembelajaran diasingkan; masing-masing dikumpulkan dengan budaya masing-masing? 

Apakah dengan menubuhkan satu Suruhanjaya yang disertai pelbagai kaum, fahaman politik dan sebagainya boleh menzahirkan formula hebat untuk perpaduan, jika dalam masa yang sama peruntukan dan galakan diberikan kepada sekolah Jenis Kebangsaan yang membawa keluar pelajar CIna dan India dari arus semasa?

KedahTimes bukan nak memperlekehkan sesiapa, tetapi tindakan kita hari ini seolah-olah melepas batuk di tepi tangga. 

Di pentas A kita bercakap untuk membentuk satu masyarakat yang berpadu, tapi di pentas B kita mengggalakkan perkembangan pusat-pusat yang menjadi punca kepada kerenggangan kaum.

Tidakkah ini namanya bodoh atau menipu?

Kalau tanya sesiapapun dari akar umbi, mereka akan kata punca perpaduan rakyat semakin teruk adalah bermula di Sekolah Jenis Kebangsaan. 

Cuba-cubalah masuk Sekolah Jenis Kebangsaan ... rasa suasana,... lihat keadaan pelajar ... dengar cara pembelajaran mereka.

Apakah mereka menekankan tentang perpaduan kaum? Apakah mereka diajar menyayangi kaum lain? 

Tepuk dada tanya selera. Jangan jadi bodoh dan penipu sudahla.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates