Rabu, 16 Julai 2014

Tegur pun susah, tak tegur pun susah

Semakin hari perangai pemimpin UMNO semakin besar kepala.

Apabila ahli bawahan menegur sesuatu perkara melalui saluran parti, pelbagai telahan atau label diberi. Ada yang diberi label perosak parti, ada yang dilabel sebagai pemberontak, malah ada yang dilabel kerana tidak dapat projek UMNO dan sebagainya.
Apabila ditegur secara terbuka samada melalui media konvensional atau maya, mereka dituduh pengkhianat parti. Teguran sepatutnya melalui saluran parti.

Ini adalah jawapan-jawapan standard dari dulu kini dan mungkin selamanya dari pemimpin UMNO. Ahli dibawah hanya berharga apabila sampai PRU. Ahli bawahan hanya ada nilai apabila nak meramaikan program sambutan pemimpin besar mereka. Ahli marhein UMNO dibela dan dimanja apabila ada pemilihan jawatan. Ahli ibarat daun kari yang sangat diperlukan semasa nak masak kari.

Inilah nasib ahli UMNO. Masa belum ada jawatan, tengah malam pun sanggup berpisah dari dakapan isteri demi berjumpa ahli bawahan, tapi selepas mendapat jawatan pemimpin sibuk mencari rezeki besar. Ahli bawahan ibarat sekali daun kari dalam gulai yang sudah siap dimasak. Di kuis ketepi ketika makan kerana baunya sudah habis diambil

Ada pemimpin sudah jadi macam kaduk naik junjung. Lupa asal usul sehingga kuasa yang diberikan oleh rakyat diibaratkan sebagai lesen untuk melakukan apa saja.

Apabila ahli UMNO kritikal terhadap pemimpin tertentu, mereka mengatakan yang ahli tersebut ingin meruntuh atau melemahkan kekuatan UMNO sedia ada. Tapi tanpa disedari sikap mereka sebenarnya yang melemahkan UMNO itu sendiri.

KedahTimes cuma memperingati. Bukan ada niat apa-apa. Sementara kita masih kuasa, buatlah yang terbaik untuk rakyat, bukan buat untuk orang tertentu saja. Lupakan tentang glamor atau rasa ego sebab kita berkuasa. 

Ingatlah Allah Maha Berkuasa. Hari ini kita di atas, esok belum tentu kita dimana.


ads

1 comments:

Osman Kombet. berkata...

Baru hangpa tau.
Pemimpin UMNO bila dapat jawatan sudah jadi Tuan Besar pada ahli UMNO.
Boleh jalanlah.
Nak hidup kalau harap UMNO matilah.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates