Selasa, 26 Ogos 2014

Bubarkan Sayap Pemuda UMNO

Add caption
KedahTimes ulas sebelum ini, jika Ketua Pemuda UMNO sudah terlalu liberal dalam semua tindaktanduk dan keputusan yang dibuatnya, apa lagi yang ada pada Pemuda UMNO Malaysia.

Ini semua adalah tanda-tanda keruntuhan perjuangan sebuah organisasi yang besar seperti UMNO. Pereputan agenda perjuangan Alif Baa Taa bermula diranting yang bakal menular ke dahan dan seterusnya memakan tonggak pokok yang akhirnya tinggal perdu yang tidak boleh buat apa-apa lagi.

Harapkan tunas baru, sudah tidak mampu untuk lahirkan tunas kerana tunggul tua selalunya cepat dimakan anai-anai atau cepat reput dimakan cuaca.

Inilah yang berlaku kepada UMNO sekarang.

Pemuda yang sudah tidak menghargai kepandaian 3 juta ahlinya untuk melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan memilih untuk melihat kepada pembangkang.

Lebih baik Pemuda UMNO mendaftar menjadi sebuah parti seperti pembangkang atau berhijrah menjadi pembangkang kerana banyak 'good brain' bersama pembangkang.

Jika boss borek, anak semestinya rintik. Naib Ketua Pemuda sependapat dengan bos. Elok sangatlah pemuda UMNO tidak wujud dalam UMNO kerana tidak langsung membawa agenda perjuangan UMNO.
Sudah lupakah mereka kepada perlembagaan UMNO? Sudah lupakah apa tujuan mereka diwujudkan?

KedahTimes rasa memang mereka sudah lupa. Pemuda UMNO sekarang hanyalah tempat mereka mengaut kekayaan dan pangkat. Bukan untuk perjuangan aliff baa taa.

Apa guna wujudnya pemuda cawangan dan bahagian jika cawangan dan bahagian ini hanyalah menjadi batu loncatan kepada puak-puak liberal ini.

KedahTimes menyeru Pemimpin-pemimpin besar UMNO supaya samada bubar saja sayap Pemuda UMNO atau outsource Pemuda  UMNO kepada pembangkang supaya agenda alif baa taa dapat diteruskan,

Relevankah Pemuda UMNO? Tepuk dada tanya selera.

ads

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

"Professional, mencapai produktiviti tinggi....- PI MAMPOS agenda LIBERAL Barat-ZIONIS; yg. mengenepikan ISLAM dan hak umatnya! Jadi kalau si golongan pembangkang termasuk si puak SODOM yg. amat benci ISLAM/umatnya, ada sikap "professional blah...blah..blah.." - itu dah mencukupi?! OI KP/TKP PEMUDA UMNO yg. makin bongkak dan tamak - PI BERAMBOSlah lu dari UMNO!

Patutnya digantikan KP/TKP yg. benar-benar berjiwa rakyat dan kuat MEMPERTAHANkan ISLAM serta hak umatnya serta hak bangsa BUMIPUTERA, cthnya nak Mohd. Razlan Mohd. Rafii ni! Lihat di -
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140826/dn_08/Tidak-mampu-beli-rumah , Tidak mampu beli rumah, Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
KUALA LUMPUR 25 Ogos - Kerajaan digesa mewujudkan makmal kajian melalui Bajet 2015 bagi mendalami isu jurang pendapatan masyarakat yang menyebabkan wujudnya masalah golongan bumiputera khususnya generasi muda hari ini yang masih tidak mampu membeli rumah sendiri.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Mohd. Rafii berkata, makmal ini juga perlu mengkaji tahap permintaan yang tidak seiring dengan penawaran bagi rumah kos rendah serta rumah mampu milik yang masih tidak mencukupi dalam memenuhi keperluan warga ibu kota......

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Islam-Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BANGSA BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari PELBAGAI bangsa yang hormat ISLAM, dan bangsa dan hak Bumiputera [BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples – maka istilah “(SATU) BANGSA Malaysia“ sebenaqnya adalah PALSU].

Tanpa Nama berkata...

nak kuasa dan berbini lebih..Duit burit itu idaman kalbu meka..Bab belakang tu belakang kira..ooop belakang laki Jijah yg Punya

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates