Ahad, 24 Ogos 2014

Apa yang KJ Kisah?

Jika anda pejuang Alif Baa Taa,
Tolaklah Menteri ini
KedahTimes tidak tahu samada pembaca setuju atau tidak dengan KedahTimes tentang KJ, Menteri Muda Belia dan Sukan lantikan DS Najib.

Sejak beliau terlibat secara langsung dalam Pemuda UMNO dan dan lebih ketara semasa era pentadbiran Pak Mertuanya dulu, KedahTimes sudah tidak percaya kepada orang besar Pemuda UMNO ini. Dari hal berkaitan Avenue Asset Mgmt. MV Augusta sehinggalah kepada penghantaran passport kepada Anwar Ibrahim, semua tindak tanduk beliau amat mencurigakan.

Jika KedahTimes diberi peluang untuk mengundi dalam apa jua pilihan yang melibatkan beliau, KedahTimes akan umum awal-awal yang undi KedahTimes sudah pasti kepada lawannnya.

Beliau bercakap tidak serupa bikin. Bercakap hebat tetapi tindakan berlawanan dengan apa yang dilaungkain. 

Banyak perkara-perkara kontroversi yang boleh melemahkan bangsa Melayu dilakukan beliau, malah dikatakan yang Pemuda UMNO sedang dibawa beliau ke jurus kemusnahan. 

Pemuda sudah tiada haluan, Pemuda UMNO sudah menjadi terlalu elit dan korporat  malah KedahTimes boleh katakan Pemuda UMNO sudah liberal dan sudah hilang roh perjuangan Melayu dan Islam..

KJ dan Pemuda boleh nafikan dengan kata-kata kerana mereka orang besar yang boleh bercakap dalam media, tetapi bagi KedahTimes hakikatnya segala tindak-tanduk KJ dan Pemuda UMNO sudah jauh menyimpang dari agenda Melayu dan Islam. Pemuda semakin haari semakin malap dan bakal hancur.

Kerana terlalu liberal, elit dan korporat, maka KJ sudah tidak kisah siapa yang bakal diambil bekerja dengannya. Mungkin beliau merasakan Pemuda UMNO khasnya dan ahli UMNO amnya terlalu bodoh dan tidak boleh diharap, maka dia sudai menerima pembangkang dalam kumpulannya.

Bagi KedahTimes, inilah sikap BODOH SOMBONG seorang Ketua Pemuda dan Menteri yang bakal menghancurkan UMNO dan Melayu akhirnya.

Yang sedihnya UMNO masih boleh menerima orang seperti ini, malah jika ada pemilihan yang melibatkan beliau berduyun-duyun segelintir ahli UMNO membawa nama beliau. Apakah mereka sudah lupa yang tiada satu pun agenda yang dibawa KJ mensasarkan kepada agenda Aliff Baa Taa, sebaliknya lebih kepada agenda pembangkang. Mungkin duit yang menjadi terpaan mereka!

KedahTimes berharap agar satu hari ahli UMNO sedar siapa KJ sebenarnya. Kes penjualan syarikat MT Augusta milik proton di Italy, Avenue Asset Mgmt ditelan syarikat lebih kecil hinggalah kepada 'delivery of passport' kepada Anwar yang semua amat mencurigakan dan patut dijadikan ingatan kepada kita semua siapa KJ sebenarnya.

Kita belajarlah dari kesilapan lalu. Kita rujuk kembali kepada perjuangan asal kita. Ayuh tolaklah orang seperti KJ.

Saya tidak kisah jika pekerja saya penyokong Pakatan Rakyat - Khairy
KHAIRY: Satu perkara yang dirisaukan
 adalah tentang maklumat sulit

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata beliau tiada masalah untuk mengambil penyokong Pakatan Rakyat berkerja dengannya sekiranya terbukti individu itu berkebolehan tinggi.

Katanya individu tersebut juga seharusnya bersikap profesional, boleh menyimpan maklumat-maklumat sulit serta patuh kepada kerajaan yang memerintah.

"Jika ada seseorang dari Pakatan yang terbukti lebih berkebolehan, satu-satunya perkata yang saya risaukan ialah maklumat sulit," katanya pada Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia (MSLS) kelapan bertema 'Malaysia: Getting On or Getting By' di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Menurut Ketua Pemuda UMNO itu, biar apapun fahaman politik yang dipegang, calon tersebut mestilah seseorang yang mampu mendokong amalan beretika di pejabat.

"Saya tidak kisah jika dia tidak menyokong saya atau parti saya. Saya juga boleh terima jika dia tidak sukakan saya tetapi saya tidak boleh terima jika dia membocorkan (maklumat sulit) atau tidak menghormati etika di pejabat.

"Kita tidak menyembunyikan apa-apa tetapi ada sesetengah perkara yang dianggap sensitif dan sesetengah maklumat yang dilihat sulit atas sebab-sebab keselamatan," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui bahawa terdapat calon dari Perdana Fellows yang mengkritiknya dalam laman media sosial, namun beliau tetap mengambil mereka bekerja percaya mereka mampu memberi sumbangan kepada negara.

Tambah Khairy, selagi calon-calon tersebut memberi khidmat kepada menteri dan kerajaan yang memerintah, ia dianggap 'sudah cukup baik'.

Anggota Parlimen Rembau itu menjawab soalan sama ada beliau ingin mengambil pelatih politik dari pembangkang sekiranya mereka lebih berkebolehan berbanding pelatih dari Barisan Nasional (BN).

Sidang kemuncak MSLS itu dianjurkan oleh United Kingdom & Eire Council of Malaysian Students (UKEC).


ads

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

Orang bawahan, orang yg tak makan duit tak makan suap dan tak gila pangkat dan jawatan sahaja yg meluat pd kj. Yg lain2... kerana buta perut semua kj buat akan disokong. Pemuda umno adalah racun kepada perjuangan umno. Nk tunjuk hebat bahagian mana? Satu hapahpun takde, sejak kj jd bos. Semua kerana .......malaslah sebut. Sakit hati je..

Tanpa Nama berkata...

WTF man KJ ...

Tanpa Nama berkata...

Orang mcm kj pun najib beri peluang..camno tu...mmg jelas perangai dan tindak tanduk boleh meruntuhkan umno dan melayu..pada saya najib adalah pemimpin yg gagal dan belum menunjukkan apa2 kejayaan sebelum pru 13 dan selepas pru13.

Unknown berkata...

Cantas saja anak omak Rombau ni. Abis boreh jo.

No thank you KJ 10 Q.

hangkedee berkata...

Dah reput dari atas....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates