Jumaat, 1 Ogos 2014

Harap pagar, pagar makan padi.

KedahTimes agak kurang menulis sekarang ini. Mungkin terlalu sibuk dengan kerja harian. Maklumlah makan gaji dan hari minggu sibuk dengan ternakan kambing dan lembu yang Alhamdulillah semakin menjadi.

Tapi KedahTimes tidak ketinggalan mengetahui isu-isu terkini politik Malaysia; dari Anwar Ibrahim ingin melantik isterinya menjadi MB sehinggalah kepada suara-suara sindirina terhadap blogger seperti KedahTimes.

Lumrah dunia. Mungkin strategi mereka untuk hidup. Burukkan orang demi survival kita.  KedahTimes tidak mahu kata apa-apa. Alhamdulillah sajalah ucapan yang boleh diluahkan.

Tetapi KedahTimes amat tidak menghormati kawan yang mengkhianati kawan. Jika sudah tidak sukapun, janganlah khianati kawan dengan pelbagai cerita. Bayangkan jika ada tindakbalas terhadap tuduhan atau apa saja cerita yang dibawa. Semuanya bakal membawa keaiban.

Jadi elakkan dari mengkhianati kawan.

Dari Sa’id Ibnu Sa’id Al Maqbari r.a., Rasulullah saw bersabda: 

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada sahabat yang khianat, kedua matanya selalu melihatku sedangkan hatinya hasad (dengki). Apabila melihat kebaikanku dia menyembunyikannya, dan apabila melihat keburukanku dia menceritakannya (HR. Ibnu Najjar)"


ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates