Selasa, 12 Ogos 2014

Kisah 3 Abdul

Kisah Tiga Abdul dalam filem arahan P Ramlee memberikan kita nasihat, peringatan dan teladan. Supaya kita berhati-hati dalam memilih kawan, sahabat dan rakan.

Dalam kes Anwar Ibrahim, ramai patut sedar dan cuba memahami kenapa Tun M memecat dia dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Banyak pengajaran yang kita perolehi dari tindakan Tun M tersebut.

Kita boleh lihat Anwar tidak pernah mengiktiraf idea atau pendapat orang lain. Anwar tidak peduli nasihat dan pesanan orang. Anwar bertindak atau melakukan sesuatu berdasarkan hawa nafsu dan wang.

Tetapi kelebihan dia ialah Allah beri kebolehan dia bercakap. Beliau boleh menyakinkan orangramai dalam apa saja suasana walaupun beliau sedang menipu atau bercakap bohong. Itulah kelebihan yang Allah beri tapi disalahgunakan Anwar.

Apa yang terjadi di Selangor sudah ditetapkan Allah sejak azali. Allah jadikan untuk memberi kesedaran atau petunjuk kepada rakyat Selangor dan Malaysia yang siapa sebenarnya Anwar.

Sebagai manusia yang diberikan akal untuk berfikir, gunakanlah akal tersebut dengan sebaiknya. Lihatlah apa yang sedang Allah pertunjukkan. Fikirlah kenapa Allah tidak membenarkan Anwar memiliki jawatan tertinggi dalam negara. Kini Allah masih belum benarkan beliau meletakkan isterinya menjadi MB Selangor. Malah yang peliknya kenapa Anwar begitu beriya-iya ingin isterinya menjadi MB.

Inilah kuasa Allah, kita merancang tetapi perancangan Allah Maha Hebat. Perlu ingat yang sifat Ilmu, Pekuasa dan Pekehendak Allah tiada tolok bandingannya. Tiada siapa boleh melawan apa yang ditetapkan Allah. 

Melainkan kita jahil tentang sifat-sifat Allah! Serta janganlah menghina ciptaan Allah.




ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates