Selasa, 5 Ogos 2014

KPI KBS capai ka?

Sukan Malaysia mengalami banyak kegagalan semenjak Menteri muda baru menerajui Kementerian Belia dan Sukan.

Hoki semakin menjunam. Sekarang ini dah jadi team belasahan kembali.

Single Badminton masih mengharapkan Datuk Lee Chong Wei. Kalau tiada Datuk LCW, single kita jadi belasahan team seperti India dan England saja.

Team ragbi seolah-olah tidak pernah sedar diri. Mereka merasakan yang mereka hebat dan boleh menguasai permainan yang dikuasai oleh bangsa bertubuh besar dan tinggi. Jadi team belasahan di Commonwealth Game, Glascow 2014.

Hampir semuanya tidak menjadi. Kita masih harapkan Datuk Nicol dan Datuk LCW. Cuma agak menonojol ialah team angkat berat yang tidak pernah diberi harapan pun. Malah mungkin Menteri muda tidak pernah sebutpun tentang team angkat berat.

Semua menuju kekecewaan. Tetapi Menteri Muda sukan mendapat publisiti dengan menyertai demo anti Israel semasa singgah di London untuk ke Glascow. Itulah kehebatan beliau.

Sukan dan portfolio beliau jatuh entah ke nombor berapa, tetapi publisiti dan promosi diri adalah paling teratas.

KedahTimes sarankan agar Menteri muda bekerja kuat untuk capai KPI kementerian beliau daripada asyik mempromosi diri dengan pelbagai tindakan bodoh dan tidak disukai rakyat.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates