Ahad, 17 Ogos 2014

PAS - Punching Bag

Semalam KedahTimes ternampak beberapa orang ADUN atau pemimpin PAS di Subang Airport. Agaknya sekarang ini mereka semua berkampung di Selangor untuk mengetahui lebih dekat mengenai krisis yang melanda TSKI, PAS dan PKR di sana.

Yang KedahTimes nampak adalah pemimpin seperti YB Nasir dan Datuk Takiyudin.

Kali ini krisis boleh dikatakan hebat kerana ianya melibatkan calon bebas, Sultan, PAS, PKR dan juga DAP. Ini semuanya gara-gara Anwar yang terlalu teringinkan isterinya menjadi MB. Tetapi PAS, Sultan dan malah pembangkang di DUN Selangor pun tidak mahu.

Mungkin juga rakyat Selangor tidak mahu isteri Anwar, malah Anwar sendiri di Selangor.

Kehadiran pemimpin-pemimpin PAS dari negeri lain ini mungkin bagi memberi sokongan kepada PAS Selangor atau mungkin peluang untuk mendapatkan sesuatu (KedahTimes agak-agak saja - minta maaf jika silap). Atau ingin mengetahui sepenuhnya keputusan mensyuarat PAS pada tentang kedudukan PAS di Selangor hari ini.

Tetapi PAS sudah dirobek oleh Anwar, PKR dan DAP. PAS telah dihina seteruk-teruknya oleh rakan se pakatan mereka sendiri yang mereka sangkakan sahabat atau rakan seperjuangan.

PAS perlulah terima hakikat bahawa, jika dasar perjuangan yang bertentangan antara satu sama lain, ianya bukan rakan seperjuangan, malah bukan rakan se pakatan, tetapi ianya sekadar satu kumpulan yang sentiasa memperalatkan antara satu sama lain. Dalam kes Pakatan Rakyat,  PAS nampaknya lebih baik dari yang lain yang kejujuran mereka bersama sentiasa tiada.

Jika PAS berterusan sebegini, KedahTimes menjangkakan yang hayat PAS mungkin tidak lama. Ianya samada akan berakhir atau berpecah-pecah menjadi serpihan kecil seperti yang pernah berlaku suatu masa dulu yang melahirkan Berjasa dan Hamim.

PAS perlu bersama dengan kumpulan yang dasar perjuangannya hampir sama dengan dasar PAS, bukannya yang bertentangan. Mungkin diperingkat operasi atau perlaksanaan yang mungkin menimbulkan sedikit perbezaan, tetapi ianya boleh diselesaikan tanpa banyak masalah.

Inilah yang PAS tidak mengerti dan mahu ambil iktibar dari apa yang sering berlaku kepada mereka. Dan PAS tidak mahu belajar dari sejarah lepas semasa mereka mengadakan Pakatan. Mereka mengulangi kesilapan yang sama.

Malah PAS sering mengatakan bahawa ini adalah ujian dari Allah, tetapi Allah menyuruh mereka belajar dan membetulkan apa saja kesilapan hasil dari ujian Allah ini. Inilah yang dinamakan belajar dari kesilapan.

Kini mereka dikenakan lagi. Apakah PAS hanya punching bag atau pemimpin PAS terlalu naif sehingga tidak boleh menilai antara berlian dengan batu kapur?

Pokoknya PAS perlu membuat keputusan muktamad hasil dari krisis Selangor ini. Malah keputusan mestilah berdasarkan kepada dasar asal perjuangan PAS, bukan atas dasar kebencian, bukan atas dasar tekanan untuk berkuasa.

Moga PAS belajar dari kesilapan seperti mana UMNO belajar dari kesilapan mereka yang lalu.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates