Selasa, 12 Ogos 2014

Selangorku, Kedah Sejahtera dan Anwar Meroyan

Politik Selangor yang sedang bergolak hebat sekarang menunjukkan betapa pentingnya peranan Sultan yang selama ini dipandang enteng oleh sesetangah pihak.

Semalam Sultan Selangor melaksanakan hak beliau sebagai seorang Sultan dan juga wakil kepada rakyat Selangor dengan meneruskan khidmat TS Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Kemelut ini sudah tentu tidak memuaskan hati mereka-mereka yang berusaha untuk merampas kuasa tersebut. Dan kita akan lihat bala tentera maya mereka akan melakukan apa saja dalam alam siber demi memburukkan Sultan Selangor.

Baru-baru ini SPYB Agong dan juga Sultan Kedah diserang dengan gambar-gambar mengaibkan. Mereka sanggup melakukan apa saja demi memuaskan nafsu kebencian mereka.

Yang menghairankan, pemimpin-pemimpin pembangkang hanya diam membisu seribu bahasa. Apakah semua ini arahan mereka atau perbuatan yang dipengaruhi oleh kata-kata mereka dsbnya.

Jika dimana Anwar pergi, bakal ada saja havoc atau huru-hara, dalam alam siber pun ada juga orang macam Anwar. Didunia realiti Anwar memporakporandakan politik sesuatu negeri/negara atau kawasan, di alam maya ada juga mereka yang berperangai seperti Anwar.

Di Kedah, Kedah Sejahtera masih terpampang dimerata tempat. Bukan di papan iklan atau mana-mana bangunan; walaupun kekadang ada surat yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan berkepalakan Kedah Sejahtera, tetapi terpampang di kopiah lebai putih mereka-mereka yang menyokongnya.

Hermm tentu pembaca KedahTimes pelik kenapa tonggang langgang tulisan ini. Macam ni lah penulisan orang meroyan. Pemikiran berserabut. Mungkin KedahTimes sedang meroyan kerana ada masalah yang mengganggu.

Tapi KedahTimes tidak suka maki hamun, itu ja.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates