Rabu, 10 September 2014

Kekalkan Silterra Milik Negara dan berada di KHTP

Silterra Sdn Bhd yang terletak di Kulim Hitech Park merupakan sebuah kilang yang mengeluarkan produk fabrikasi dan servis yang canggih yang hanya diguna oleh syarikat-syarikat berteknologi tinggi di dunia.

Disamping itu Silteraa melahir 'brain' atau ' Engineer' terbaik yang tiada nilainya. Ini menjadikan Silterra sebagai satu paleburan strategik kerajaan di Kulim Hitech Park.

Seperti Proton, Silterra melahirkan jurutera-jurutera yang boleh memacu industri berteknologi serta bakal menjadikan mereka rakyat berpendapatan tinggi disamping memacu ekonomi sekitar. Kewujudan pekerja-pekerja berpendapatan tinggi ini dimana mereka mempunyai kuasa berbelanja yang lebih tinggi boleh memacu ekonomi penduduk sekitar.

Dari segi teknologi, Silterra bakal memberi impak tinggi kepada hasrat Malaysia menjadi negara maju 2020. Ini kerana produk dan servis yang dihasilkan amat berharga dan diperlukan pada peralatan-peralatan canggih harini.

Sebagai sebuah syarikat strategik, kenapa perlu Khazanah melepaskan pegangannya? Kenapa perlu Khazanah membuang atau melemparkan keluar jurutera-jurutera kelas tinggi ini kepada pihak lain selepas bertahun-tahun melatih mereka?

Malah negara lain merasa 'envy' dengan kewujudan Silteraa di Malaysia dan ada yang berhasrat untuk memiliki teknologi atau kepakaran yang wujud di Silterra.

Persoalannya kenapa Khazanah begitu 'naive' dan ingin melepaskan pegangan kepada pihak lain yang tiada kepentingan selain mengaut keuntungan?

Malah kita lihat Silterra sudah mampu bersaing di dunia luar dan ada pihak berminat untuk bersama Silterra memajukan teknologi yang diterajui Silteraa.

Silterra mesti kekal Di Kulim Hitech dan kekal milik negara!


Silterra Malaysia bertapak di India

NEW DELHI - Kabinet India meluluskan penubuhan dua kemudahan perkilangan semikonduktor fabrikasi wafer di negara ini, dengan satu daripadanya melibatkan Silterra Malaysia.

Mengikut kelulusan, unit-unit ini akan ditubuhkan oleh dua konsortium perniagaan, lapor The Indian Express yang memetik kenyataan rasmi.

Menurut laporan itu, konsortium pertama melibatkan Jaiprakash Associates (India) dengan IBM (US) dan Menara Semiconductor (Israel) sebagai rakan kongsi.

Kos untuk kemudahan ini yang terletak di Yamuna Expressway, ditambat pada Rs34,399 crore (US$5.52 bilion).

Konsortium kedua pula membabitkan usaha sama antara HSMC Technologies India dan  ST Microelectronics serta Silterra Malaysia dengan kos ditambat pada Rs29,013 crore (US$4.66 bilion) dan beroperasi di Gujarat.


Kemudahan yang dicadangkan ini akan mewujudkan kira-kira 22,000 peluang pekerjaan secara langsung dan 100,000 pekerjaan tidak langsung.

Ia melibatkan pelbagai insentif cukai, termasuk pinjaman tanpa faedah sebanyak Rs29.013 crore (US$1.6 bilion), katanya.

Unit-unit akan mendapat pelbagai insentif. Ini termasuk subsidi 25 peratus ke atas perbelanjaan modal dan pembayaran balik cukai yang diterima menerusi Dasar Skim Insentif Khas Diubah Suai (M-SIPS).   

Projek ini juga memperoleh pengecualian asas duti kastam untuk barangan modal yang tidak dilindungi, potongan 200 peratus ke atas perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan, seperti yang ditetapkan mengikut peruntukan Akta Cukai Pendapatan selain pengurangan berkaitan pelaburan.

Kedua-dua kemudahan itu juga masing-masing memperoleh pinjaman tanpa faedah kira-kira  Rs5,124 crore (US$822 juta), lapor akhbar berbahasa Inggeris itu. - Bernama

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates