Isnin, 1 September 2014

Komunis : Dulu dan Kini

DULU, Komunis bermaharajalela di dalam hutan di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Mereka mengamalkan undang-undang rimba.  Jika mereka kekurangan makanan, mereka akan masuk kampung dan merampas hak orang-orang kampung untuk bekalan mereka didalam hutan.

Mereka bersenjata dan berpakaian perang. Mereka membunuh musuh dengan kejam samada dengan menembak atau membunuh menggunakan senjata lain seperti pisau, jerangkap samar dan sebagainya.

Orangramai boleh kenal komunis dulu kerana mereka berpakaian gerila dan berada di dalam hutan, walaupun jarang dapat melihat mereka. 

Apabila diserang tentera, mereka akan lari. Yang berada disempadan Thailand, mereka akan lari ke Thailand, yang di sempadan Indonesia, mereka akan lari masuk ke Indonesia.

Begitulah Komunis dulu. Rakyat membenci mereka kerana kejahatan dan kekejaman mereka. Walaupun ada segelintir orang Islam menyokong dan menjadi talibarut mereka.

KINI, Komunis masih wujud walaupun mereka sudah meletakkan senjata. Tetapi ideologi dan sikap perkauman mereka masih kekal subur. Malah sedang dikembangkan lagi. Mereka tinggal di pekan-pekan besar, rumah banglo serta memegang jawatan penting (segelintir) dalam kerajaan atau swasta. Mereka hidup mewah dan mendapat sokongan kuat dari musuh Islam.

Mereka tidak bersenjata, tetapi senjata terkini mereka ialah kuasa, media sosial dan akal mereka. Mereka membunuh dan mengancam Islam, Melayu dan Malaysia dengan serangan akal mereka. Mereka menjadi semakin berani apabila undang-undang yang mengekang mereka sudah tiada. Mereka masih mengamalkan undang-undang rimba secara sistematik.

Rakyat agak sukar mengenali mereka kerana mereka berniaga, bekerja dan hidup seperti biasa. Mereka boleh dikenali hanya apabila ada sesuatu program dilaksanakan oleh guardian mereka.

Apabila diserang oleh pihak berkuasa atau musuh mereka, mereka mengunakan mahkamah atau hak asasi atau kuasa yang sedikit ditangan mereka.

Inilah pengganas komunis alaf baru. Mereka tidak dibekalkan senjata canggih tetapi dibekalkan dengan sedikit kuasa, kebebasan dan akal. Sesiapa yang tidak sealiran, bakal menjadi mangsa.

Dari segi kewangan, mereka memang banyak sumber kewangan. Hatta pihak luarnegara pun ada menyokong mereka (musuh Islam).

Rakyat sudah mula mempertikaikan tindakan mereka yang mengenepikan undang-undang. Tetapi seperti biasa ada segelintir Melayu Islam, bersama mereka.

Apakah kita harus terus berdiam diri? Apakah kita harus terus memberi ruang kepada mereka untuk menindas kita umat Melayu Islam? Apakah kita masih ada sikap toleransi berlebihan yang membuatkan mereka taik tocang?

Tepuk dada tanya diri anda!

Konklusinya, Hidupkan ISA dan hapuskan PSS dan DAP! Ini negara Islam, tiada tempat/ruang untuk Komunis!

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates