Isnin, 1 September 2014

PPS : Bukti Kewujudan Tentera Komunis?

Persoalan yang timbul dibenak ramai pejuang-pejuang kemerdekaan dan bekas-bekas pahlawan menentang Komunis sejak kewujudan PPS di Pulau Pinang dan malah sudah menular ke seluruh Negara.

Dikatakan jumlah keahlian sudah mencapai 10 ribu orang. Apakah yang sedang dipersiapkan oleh DAP?

Jika 10 ribu orang ini diberikan senjata, maka mereka boleh menjadi beberapa batalion tentera yang bersedia untuk berperang. Permainan apakah yang sedang dimainkan oleh DAP ini?

Jika parti Komunis Malaya adalah pertubuhan haram, maka PPS juga adalah pertubuhan haram yang ditunjangi DAP. Apakah tujuan DAP menubuhkan PPS ini?
KedahTimes hanya boleh meneka dan mengagak. PPS ini mungkin bakal menjadi sayap tentera DAP. Sampai satu peringkat mereka bakal diberikan senjata. Malah mereka bakal diarah untuk menyerang sesiapa saja yang tidak menyokong mereka.

Bibit-bibit ini sudah berlaku. PPS menjalankan aktiviti DAP. PPS menyerang sesiapa yang menegur mereka. PPS dilindungi Lim Guan Eng. Dan kini PPS sudah berkawad bagai tentera.

Apakah ini pun kita orang Melayu Islam masih belum boleh baca atau fikir. Mereka menguasai ekonomi dan seterusnya mereka akan menguasai pemerintahan.

Saat itu baru kita nak tengadah sebab hantukkan yang amat kuat telah berlaku dimana kuasa sudah tiada.


ads

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Apa orang melayu boleh buat? Kalau ambim tindakan sendiri,awal2 dah kena tangkap dan dakwa. Nak harapkan pihak berkuasa?Pihak berkuasa ikut arahan Pondan Malaysia(PM). PM pula ketagih undi cina dan tak berani ambil tindakan. ISA dianggap sebagai senapang untuk musuh pun PM campak ke laut. Yang tinggal sekarang hanya batang buluh untuk lawan musuh.

Aku Melayu Rasis berkata...

inilah antara faedah yg kita dapat dr pentadbiran en najib PM kita yg disayangi. Apa lg yg nak dimansuhkannya nanti selepas ISA. Ruang "bangsa" dlm setiap borang dulu hampir dimansuhkan, melayu dan agama dihina..apa lagi liberalnya najib selepas ini yg boleh membuahkan kekuatan pada Dap naik kepala?

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates