Rabu, 10 September 2014

Silterra : Jangan hancurkan Wawasan 2020

Pada 13 Ogos 2014, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, telah meminta supaya Khazanah Nasional mengkaji semula hasrat untuk menjual syarikat Silterra Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat fabrikasi wafer tempatan yang beroperasi di Kulim Hi-Tech Park yang menjadi nadi penting kepada industri semikonduktor di dunia.

Industri semikonduktor ini sedang berkembang dengan pesat dan banyak kerajaan cuba memastikan syarikat fabrikasi wafer seperti hidup dengan pelaburan berterusan kerana ia membawa faktor ekonomi yang lain.
Lihatlah Kulim High-Tech park yang kini dihuni oleh syarikat-syarikat gergasi seperti Infineon Technologies, Fuji dan Intel.

Malaysia sudah lama berperanan di dalam bidang semikonduktor, tetapi hanya bergiat cergas di bahagian manufacturing (pembuatan), yang membawa keuntungannya rendah.

Di dalam ‘value chain’, selama ini Malaysia duduk di lurah ‘smiling curve’ di dalam industri semikonduktor.

Untuk menjadi maju dan negara berpendapatan tinggi, Malaysia perlu bergerak ke arah R&D (penyelidikan dan pembangunan), branding (penjenamaan) dan juga design (merekacipta).

Korea dan Amerika Syarikat mendapat keuntungan lumayan daripada pelaburan Samsung dan Apple di dalam R&D, Branding dan Design yang membolehkan produk-produk mereka dijual pada harga premium.

Syarikat-syarikat di China yang dilantik Samsung dan Apple (contohnya seperti Foxconn) untuk membuat produk mereka (manufacturing) hanya mendapat margin keuntungan yang minima.

Perbezaan ketara ini boleh dilihat daripada gaji yang dibayar kepada jurutera-jurutera Samsung dan Apple dan mereka yang dibayar gaji juruteknik bertaraf jurutera di Foxconn.

Berlatarbelakangkan itu, kelahiran Silterra di Malaysia sebenarnya sangat membantu dalam memangkin industri semikonduktor untuk beralih fokus kepada bahagian R&D dan design (merekacipta).
Ia merupakan salah satu langkah kritikal ke arah penjanaan sumber pendapatan tinggi kepada rakyat Malaysia.

Bagi negeri Kedah, Silterra menjadi nadi dan pemacu kepada ekonomi. Kulim High-Tech Park hidup kerana adanya Silterra. Duit yang dilaburkan di Silterra tidak sia-sia kerana ianya menjadi tarikan syarikat gergaji berteknologi tinggi ke KHTP.

Kalau sebelum itu, banyak syarikat elektronik membuka kilang di Penang, kini ramai yang sanggup memilih Kulim, meskipun Pulau Pinang mempunya bandar yang agak hidup. Ini disebabkan kewujudan industri yang dimajukan Silterra.

Oleh itu, bagi kerajaan Kedah, Silterra perlu kekal di bawah pegangan Malaysia, yang dimiliki 97% oleh Khazanah.

Ketika DS Mukhriz membuat permohonan kaji semula tersebut, dilaporkan bahawa Silterra bakal dijual kepada pemain semikonduktor dari China.

Jika perjualan ini berlaku, teknologi Silterra yang dibina selama ini akan menjadi milik orang lain.

Soalan yang lebih penting ialah, apakah Silterra akan bertukar fungsinya daripada sebuah syarikat wafer yang mengkaji dan mencipta teknologi baru sendiri sebagaimana sekarang kepada satu kilang wafer yang tugasnya hanya mengeluarkan wafer mengikut teknologi yang dibina di China?

Sanggupkah pemain semikonduktor yang baru itu untuk terus melabur dalam aktiviti R&D di Silterra atau aktiviti R&D di Silterra dihentikan kerana dia sudahpun melabur dalam aktiviti R&D di China?

Sebenarnya, perkara ini harus menjadi titik pertimbangan utama Khazanah sebelum menjual Silterra selain daripada menilainya hanya dari segi untung-rugi syarikat.

Jangan pula Khazanah membuat keputusan yang membawa Malaysia kembali ke lurah ‘smiling curve’.

Sebab itulah DS Mukhriz meminta Khazanah mengkaji semula hasrat Khazanah pada 13 Ogos lalu.

Semoga Silterra kekal di KHTP dan kekal milik Malaysia.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates