Isnin, 8 September 2014

Tahalluf Siyasi PAS yang memakan diri

Sekian lama kita mengingatkan PAS bahawa tahalluf siyasi PAS dengan DAP dan PKR adalah sesuatu yang teramat janggal dan tidak pernah dilakukan dalam sejarah pemerintahan Islam.

DAP adalah sebuah organisasi yang bertunjangkan Sekular. Dan DAP meletakkan salah satu daripada perjuangannya ialah semua agama setaraf di Malaysia. Ini menjadikan Islam telah diisytiharkan sebagai Agama rasmi Malaysia sebagai satu daripada agenda DAP untuk dihancurkan.
Secara otomatik, DAP mengiktiraf yang Islam adalah musuh utama mereka. Dan sebagai buktinya, DAP mengutamakan agenda Kristian, Kominis dan semua bentuk agenda berdasarkan Pluralisma dan Liberalisma. Semuanya bertentangan dengan Islam.

Nabi Muhammad dan para sahabat yang menjadi khalifah Islam, setahu penulis tidak pernah melakukan tahalluf siyasi dengan KAFIR HARBI untuk menjatuhkan satu badan yang berpaksikan kepada Islam atau lebih senangnya menjatuhkan umat Islam yang lain.

Tetapi PAS mengeluarkan pelbagai hadis dan ayat untuk menjustifikasikan tahalluf siyasi nya dengan DAP dan PKR demi menjatuhkan UMNO yang juga meletakkan Islam sebagai perkara pokok perjuangannya.

Secara logiknya PAS sudah membelakangi ajaran Nabi Muhammad sendiri dengan bersekongkol dengan musuh Islam untuk menjatuhkan umat Islam dengan cara mennuduh UMNO sebagai bukan Islam.

Jika logik akal kita, ini bermakna, PAS tidak pernah bertahallus siyasi sebenarnya, tetapi BERSEKONGKOL atau BERSUBAHAT menentang umat Islam yang memerintah.

Inilah dosa PAS terbesar walaupun mereka mempunyai ramai intelek Islam tetapi dek kerana api kemarahan hasutan syaitan, mereka memutar-belitkan ajaran Islam demi kepentingan kuasa politik.
Akibatnya, Allah sedang tunjukkan kepada kita betapa kelamkabutnya PAS hari ini. Mereka sudah mencampur-adukkan keperluan agama dengan keperluan musuh dan peribadi mereka. Mereka sudah dan sedang keliru siapa Islam dan siapa musuh Islam sebenarnya.

Kita hanya berdoa agar PAS kembali kepada perjuangan asal yang mana UMNO sedang lakukan sejak merdeka lagi.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates