Khamis, 11 September 2014

Tegur kerana Sayang

Kerana terlalu sayang kepada bangsa Melayu, Islam dan Malaysia, maka Tun M menegur DS Najib. Teguran ini menzahirkan keinginan Tun M supaya DS Najib tidak terlalu leka dengan buaian atau bisikan yang boleh merosakkan bangsa, agama dan negara.

Mungkin kerana terlalu ghairah atau 'excited' dalam merencanakan agenda yang dirancang, DS Najib lupa bahawa orang Melayu melalui UMNO yang memberi mandat kepada beliau, telah serba sedikit dilupakan.

DS Najib juga perlu lebih berhati-hati dengan penasihat-penasihat yang kekadang tiada semangat melayu yang mungkin terlalu terpesona dengan agenda liberalisasi, pluralisasi dan semua jenis si.

Suara Melayu perlu didengari. Suara majoriti perlu diambilkira. Jangan asyik nak menangkap burung liar d hutan sehingga kura-kura dikaki berkeliaran lari.

DS Najib perlu lebih berhati-hati kerana naiknya beliau di kerusi nombor satu UMNO dan negara adalah hasil titik peluh ahli-ahli UMNO.

JERLUN 5 Sept. - Teguran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak adalah lahir daripada sifat sayang dan bertujuan untuk memberi kekuatan kepada Perdana Menteri.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, beliau yakin Perdana Menteri juga memahami perkara tersebut.

"Sokongan ikhlas seperti ini juga memberi kekuatan kepada pemimpin. Kalau kita tidak sayang seseorang itu, masakan kita akan menegur untuk kebaikannya," katanya ketika berucap dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun yang dirasmikan oleh Perdana Menteri di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu dekat sini hari ini.

Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah menambah, pihaknya juga sentiasa mengalu-alukan sebarang nasihat atau teguran yang bertujuan untuk membetulkan keadaan yang dilihat kurang betul dalam mentadbir negeri ini demi mandat rakyat Kedah.

"Hasil daripada iktibar kekalahan terdahulu, kami sentiasa bermuhasabah diri menyemak keberkesanan tindakan untuk terus relevan di mata rakyat.

"Yang menjadi kata kunci kepada pepatah Melayu ini adalah perkataan sayang. Hanya orang yang sayang kita yang akan menegur kita untuk tujuan membetulkan kesilapan yang mungkin telah kita lakukan.

"Ini adalah manifestasi sokongan yang ikhlas terhadap pemimpin. Sokongan dari kategori ini yang saya perlukan kerana saya juga akui tidak mempunyai monopoli kebijaksanaan dalam mentadbir negeri ini," katanya.

Beliau menambah, sejak Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula hati rakyat Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, pelbagai strategi dan pendekatan diambil oleh Badan Perhubungan UMNO negeri dan BN Kedah untuk terus meyakinkan rakyat terhadap keikhlasan, kesungguhan dan keupayaan parti.

"Walaupun perit rasanya, rupa-rupanya lima tahun di bawah pemerintahan pakatan pembangkang merupakan ujian dan pengajaran Allah kepada BN khususnya UMNO untuk bermuhasabah diri dan membuat apa jua pembetulan dan penambahbaikan untuk kembali ke hati rakyat," katanya.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates